Thursday, December 1, 2016

Travelog CN: Hounun Ridge Farm, Kundasang, Sabah.

Salam. Lama menyepi kan? Ada yang masih baca?

Cuti Deepavali lepas, aku dengan geng cikgu sekolah aku berjalan-jalan di KK dan Kundasang. Semua last minute plan sebab dapat tiket murah. Aku kena incharge bahagian penginapan. Kebetulan di FB viral pasal Hounun Ridge Farm ni. Aku terus like page di FB, whatsapp owner dan terus buat tempahan bilik. Cepat, tangkas dan efisien. Hahaha.

So dipendekkan cerita, Hounun Ridge Farm memang terbaik. Sangat puas hati dan sangat berbaloi dengan apa yang kita bayar. 

Let the pics speak for me.










For more details, boleh search Hounun Ridge Farm di facebook.


Thank you for reading.

Friday, May 13, 2016

Selamat Hari Guru 2016



...
....
.....

Mula menapak menjadi guru,
di gedung ilmu jauh di hulu,
sunyi daripada sesak berpusu-pusu,
jauh sekali keluarga yang dirindu.

Tahun keempat menabur bakti di sini,
pelbagai onak dan ranjau telah ditempuhi,
debu tanah, rintik hujan juga menjadi saksi,
mandi sungai, banjir juga buaya sudah ku lali.

Anak muridku dipesan sentiasa,
cikgu datang dari jauh mahu kamu berjaya,
seiring murid lain di pusat kota,
agar kelak kamu megah di persada.

Murid keluar masuk bertukar-tukar,
ingatan buat cikgu janganlah pudar,
memori di sini biar dipadam sukar,
kasih terjalin mudahan selamanya mekar.

Ilmu dan nilai sedayanya cikgu terapkan,
harap kamu sentiasa amalkan,
segalanya untukmu telah cikgu halalkan,
buat bekalan menemui Tuhan.

Anak-anakku,
umang dan ujangku,
walau jauh Pekan Tatau dengan hulu,
sekalipun Sarawak dan Pulau Pinang jauh beribu batu,
doa cikgu sentiasa buatmu,
semoga kejayaan mengiringimu,
waima pada ketika itu,
kamu sudah lupa akan daku,
Mohd Nizar Abd Latib, guru mu.

Sementara kamu masih di sini bersamaku,
sebelum aku melangkah pergi ke negeri asalku,
ucapkanlah seikhlasnya padaku,
TERIMA KASIH CIKGU, SELAMAT HARI GURU.

...
....
.....

Cikgu Nizar, 11.17 malam 12 Mei 2016