Sunday, January 4, 2015

Selamat Tahun Baru 2015!

Salam. 

Ya Allah, lamanya tak tulis apa-apa kat sini. Sapa tak cakap tak rindu? Rindu sangat nak menulis walaupun takda orang nak baca pun. Banyak sangat nak cerita tentang kehidupan, perkongsian apa-apa maklumat, aktiviti tapi itu lah, kekadang sibuk dan kekadang malas. Malas itu punca utama di samping kekangan perhubungan internet terutamanya kalau di hulu. 

Sedikit rumusan sepanjang 2014. 

Alhamdulillah, kiranya dah setahun setengah menjadi pendidik di pedalaman Sarawak. Tahun 2014 ini merupakan tahun pertama yang penuh aku menjadi guru (posting Julai 2013) so tahun ini lah kiranya permulaan aku bekerja sepenuhnya (tahun lepas macam sambung kerja orang ja). Syukur rasanya semuanya baik-baik belaka dengan rakan-rakan sekerja dan juga murid-murid. Memang dah jatuh sayang habis kat murid-murid sana. Semuanya baik-baik, senang minta tolong, dengar cakap cuma biasalah kan kalau nakal sikit-sikit tu. 


Walaupun aku takda mengajar murid tahun 6, tapi as a warden nak tak nak aku rapat dengan diorang. Ya lah diorang la harapan aku untuk jaga murid-murid lain di asrama. Hubungan tu sangat rapat terutama dengan beberapa orang ni, Jebum, Apek, Belalang, Philip, Kalom, Rosli, Santoz, Sila, Marekha, Chemek, Sika. Si Jebum, Apek, Belalang memang lah, diorang lah peneman setia aku di hulu di kala hujung minggu. Terutama kalau housemates aku keluar ke bandar. Cuak juga nak tinggal sorang-sorang kat hulu tu. Haha. Rasanya tahun 2015 ni for sure akan rasa (mungkinlah) sedih sikit sebab diorang dah takda kat sekolah tu lagi, masing-masing sambung di sekolah menengah. 


Alhamdulillah tahun ni juga aku dapat hantar mak aku menunaikan umrah buat kali pertamanya. Memang itulah niat aku dari zaman belajar lagi. Syukur sangat dapat tunaikan impian aku dan impian mak nak ke Mekah. Semua urusan mak ke Mekah juga dipermudahkan Allah S.W.T. Dari takda visa, dapat juga visa walaupun last minute. Mak happy sangat dapat ke sana. Minta lagi nak ke sana. Aiyoyo kena menabung lagi la. InshaAllah. 

Tahun 2014 juga aku diuji sebagai seorang guru. Ada lah tindakan yang aku buat mungkin agak berlebihan terhadap murid. Namun syukur segalanya berakhir dengan baik dan difahami oleh semua pihak. Case closed. Tapi impaknya besar. Lepas ja kejadian tu, sebelum nak buat apa-apa aku selalu beringat dan berfikir dua kali. Tangan pun dah jarang-jarang naik, mulut ja tak berhenti-henti membebel. Cikgu kan, apa lagi yang boleh buat. Being as cikgu, takda niat apa pun kalau cikgu tercubit, denda melainkan mahukan anak murid tu pandai, dengar cakap dan paling penting jadi INSAN. Mencabar sebenarnya nak membentuk insan but i will keep trying. InshaAllah. 

Tahun 2014 ni juga banyak mengajar aku tentang kehidupan bekerjaya. Dah kena mula fikir untuk perbelanjaan, komitmen dan menyimpan. Menyimpan tu paling susah bagi Nizar. Hahahaha. Alhamdulillah,setakat ni boleh dikatakan masih diuruskan dengan baik walaupun kadang-kadang overspent terutamanya time cuti sekolah (di semenanjung/di rumah). Aku pun baru mula berkomitmen membayar hutang iaitu hutang kereta. Hopefully dapat la bayar hutang kereta ni sampai habis, 2023. Haiyoooo lamanyaaaaaaaa!!!! 

Tahun 2014 ni juga dapat aku eratkan lagi kemesraan with my big family dengan bawa jalan-jalan di Bukit Larut (cuti sekolah bulan 5) dan di Pulau Pangkor (cuti sekolah hujung tahun). Alhamdulillah. "When you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses". Seronok tengok abang-abang, kak-kak, anak-anak menakan happy. Dan aku pun sempat juga makan angin di Bali (azam: setahun sekali ke luar negara walaupun dekat-dekat ja)

2014. Tahun yang bahagia, tahun yang indah, tahun yang penuh dengan kasih sayang. Terima kasih Allah atas setahun yang bermakna ini. Segala-galanya dariMu. 

Selamat datang 2015. Semoga semuanya bertambah bahagia, bertambah indah, bertambah kasih sayang dan inshaAllah bertambah berkat. 



p/s: azam tak terfikir lagi, wishlist pula yang tak sudah-sudah nih. kejap nak itu, kejap nak ini. cukup-cukup la nizar, simpan duit!!! 

1 comment:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bestnya bila apa yang kita impikan tercapai...