Saturday, September 6, 2014

Sambutan Ambang Kemerdekaan Kali Ke 57

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Merdeka! Merdeka!! Merdeka!!!

Tudiaa tetiba semangat merdeka. Alhamdulillah satu lagi program sudah berjaya dijalankan di sekolah nih iaitu Sambutan Ambang Kemerdekaan. Malam tu aku bertindak sebagai emcee dan syukur semuanya berjalan dengan lancar. 

Biasa-biasa ja sambutan di sini. Dah semua murid tinggal di asrama jadi boleh lah buat sambut pada waktu malam. Lagi seronok kan. Acara malam ambang tu hanya ucapan, persembahan murid, penyampaian hadiah, laungan merdeka, nyanyian lagu tema kemerdekaan, pelepasan tanglung dan BBQ Merdeka. Btw, aku suka lagu tema kemerdekaan kali ni. 

Gambar masa aktiviti lain aku tak snap, sempat snap masa lepas tanglung saja. 




Semoga Malaysia terus aman makmur, damai bahagia selamanya.

Salam merdeka dari hulu Sungai Anap.
CN.