Saturday, August 2, 2014

Majlis Iftar, Mengenang MH17 & #prayforGAZA SK Kuala Muput 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah sempena Ramadhan tahun ni masih berkesempatan adakan majlis iftar/berbuka puasa bersama-sama kakitangan dan murid-murid SK Kuala Muput. Majlis ini diadakan setelah sesi sembang di tangga rumah, kononnya nak pasang pelita depan rumah ja hinggalah melalut ke majlis buka puasa kemudian mengenang MH17 kemudia prayforgaza. Kill two birds with one stone katanya.

Cikgu-cikgu bawa pot luck, bawa ja lah apa yang masak di rumah masing-masing tapi aku tetap kena buat nasi ayam (pandai depa membuli kan). Kak Lina, Kak Liza & Roza buat rendang daging. Murid-murid makan makanan harian yang dimasak di dewan makan cumanya makan ramai-ramai di padang sekolah. 

Klasik, sederhana tapi tetap meriah.

Siap dengan pelita yang diubahsuai menjadi obor. Hahaha. Tak pandai nak buat pelita guna buluh.


"Cikgu, ambil gambar nanti masuk facebook." Apuuuuuuuuu!!!

Apai Amboh & Apai Lawrence (security) pun turut serta.

Suka tengok gambar nih, nampak klasik sangat. Sesuailah dengan sekolah pedalaman tiga.


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Dari Hulu Sungai Anap dengan kasih sayang,
murid-murid SK Kuala Muput.

No comments: