Thursday, June 5, 2014

Cuti Sekolah

Tudiaa dah seminggu cuti sekolah baru nak update. Alhamdulillah boleh balik rumah, menikmati masakan mak selama hampir tiga minggu, boleh jumpa keluarga dan geng par yang dirindui. Nikmat tak terkata y'all. Bila dok jauh ni, sebelum masak mesti mak tanya nak makan apa tapi aku takda spesifik nak makan apa, tak kisah lah apa pun janji air tangan mak. Anak bongsu kannn...

masa nak keluar dari hulu

Cuti ni juga dapat gathering dengan family cuma tak berkesempatan nak pi mana-mana. Kak aku busy menjahit, abang dengan kak ipar aku busy persiapan kenduri adik kak ipar aku. Busy masing-masing yer. Sepatutnya cuti ni aku dah terbang ke Vietnam dengan Arif dan Rahman tapi tak berkesempatan sebab bertembung tarikh keberangkatan mak aku ke Mekah. (akhirnya ditangguhkan kerana masalah visa. huhu)

nak shopping ni jugak lah. nak gantung kat sungai muput. meriah dak? hahaha

So bila tak pi mana-mana, takda terapi melancong, digantikan dengan terapi membeli belah. Bila membeli tak beringat, dah beli or dah sampai rumah baru rasa nak menangis sebab duit mengalir macam air. Hahaha. Setakat hari ni almost 2k dah habis untuk shopping saja. SHOPPING saja tak termasuk makan minum naa. Macam hari tu pi Queensbay, dah cakap kat Dikwan dengan Ngah, aku tak mau beli apa-apa. At last keluar Queensbay, barang aku yang paling banyak. Gilaaaaa!! Tak mau masuk mall dah. 

Takpa lah, cuti raya nanti rasanya tak sempat nak shopping, kiranya ni sekali shopping raya la kan. Nak sedapkan hati lagi, takpa ni semua penghargaan untuk diri sendiri sebab survive berbulan-bulan di hulu. Tudiaa penghargaan kendiri yang selalu selalu selalu sangat dibuat. 

So next week, ada lagi MEGA SHOPPING. Penutup shopping untuk cuti kali ni. Benda yang aku dah aim/ yang diidam-idamkan bila mula bekerja. InshaAllah minggu depan cheq pi beli naa. Tak sabaq dah aikh. Terketaq-ketaq tangan nih. Hehehe. Mudahan dipermudahkan, inshaAllah.

Oh lupa, cuti ni juga penuh dengan kenduri kawan-kawan/senior kat sekolah menengah dulu. Orang lain dah berpasangan/berkahwin/beranak-pinak, aku ni calon pun ke laut lagi. Sedihhhhh. Hahaha.

Sapa nak? Saya cikgu ni. LOL.

Until then, assalamualaikum. 

No comments: