Sunday, June 29, 2014

1 Julai: Selamat Hari Lahir, Nizar


Terpaksa publish in advance sebab masuk hulu nanti line internet parabola tersangatlah slow. ;')

Tudia nampak ciri-ciri forever alone hinggakan birthday sendiri, sendiri juga lah yang ucap. Hahahaha. Hangpa jangan cakap macam tu, kecik hati kami.

1 Julai. Selamat hari lahir ke 25 nizar. Alhamdulillah Allah panjangkan usia dan alhamdulillah juga di usia ke 25 ni dah banyak benda telah dipelajari. Pengalaman itu mematangkan kita.  Alhamdulillah  Ya Allah, atas nikmat iman, umur, rezeki, dipermudahkan urusan, kasih sayang, kebahagiaan, ketenangan hati dan atas segalanya Ya Allah.

Semoga di usia 25 tahun ni, Mohd Nizar akan menjadi Mohd Nizar yang lebih baik dari sebelumnya. Itu sahaja. InshaAllah amin.

Tanggal 1 Julai juga genaplah setahun aku jadi pendidik di pedalaman bumi kenyalang ni. Syukur setakat ni semuanya berjalan dengan baik dan moga is kekal sehingga lah aku pindah.  Alhamdulillah dah setahun makan gaji, syukur sangat. Masih ingat lagi penat lelah masa menganggur dulu, ganti tuisyen sana sini dan berniaga loli choc.  Kenangan samgat. Hehehe. Semoga dapat bertahan di sini untuk tiga atau empat tahun ke depan.  Amin.

Jadi mari meraikan dua sambutan besar untuk diri ini. Terimalah hadiah yang dibeli daripada diri sendiri untuk diri sendiri. (jangan cakap forever alone. hahaha)











Louis Vuitton James Wallet. :')

Sent from my iPhone

Thursday, June 5, 2014

Cuti Sekolah

Tudiaa dah seminggu cuti sekolah baru nak update. Alhamdulillah boleh balik rumah, menikmati masakan mak selama hampir tiga minggu, boleh jumpa keluarga dan geng par yang dirindui. Nikmat tak terkata y'all. Bila dok jauh ni, sebelum masak mesti mak tanya nak makan apa tapi aku takda spesifik nak makan apa, tak kisah lah apa pun janji air tangan mak. Anak bongsu kannn...

masa nak keluar dari hulu

Cuti ni juga dapat gathering dengan family cuma tak berkesempatan nak pi mana-mana. Kak aku busy menjahit, abang dengan kak ipar aku busy persiapan kenduri adik kak ipar aku. Busy masing-masing yer. Sepatutnya cuti ni aku dah terbang ke Vietnam dengan Arif dan Rahman tapi tak berkesempatan sebab bertembung tarikh keberangkatan mak aku ke Mekah. (akhirnya ditangguhkan kerana masalah visa. huhu)

nak shopping ni jugak lah. nak gantung kat sungai muput. meriah dak? hahaha

So bila tak pi mana-mana, takda terapi melancong, digantikan dengan terapi membeli belah. Bila membeli tak beringat, dah beli or dah sampai rumah baru rasa nak menangis sebab duit mengalir macam air. Hahaha. Setakat hari ni almost 2k dah habis untuk shopping saja. SHOPPING saja tak termasuk makan minum naa. Macam hari tu pi Queensbay, dah cakap kat Dikwan dengan Ngah, aku tak mau beli apa-apa. At last keluar Queensbay, barang aku yang paling banyak. Gilaaaaa!! Tak mau masuk mall dah. 

Takpa lah, cuti raya nanti rasanya tak sempat nak shopping, kiranya ni sekali shopping raya la kan. Nak sedapkan hati lagi, takpa ni semua penghargaan untuk diri sendiri sebab survive berbulan-bulan di hulu. Tudiaa penghargaan kendiri yang selalu selalu selalu sangat dibuat. 

So next week, ada lagi MEGA SHOPPING. Penutup shopping untuk cuti kali ni. Benda yang aku dah aim/ yang diidam-idamkan bila mula bekerja. InshaAllah minggu depan cheq pi beli naa. Tak sabaq dah aikh. Terketaq-ketaq tangan nih. Hehehe. Mudahan dipermudahkan, inshaAllah.

Oh lupa, cuti ni juga penuh dengan kenduri kawan-kawan/senior kat sekolah menengah dulu. Orang lain dah berpasangan/berkahwin/beranak-pinak, aku ni calon pun ke laut lagi. Sedihhhhh. Hahaha.

Sapa nak? Saya cikgu ni. LOL.

Until then, assalamualaikum.