Saturday, May 10, 2014

Masih Di Sini

Assalamualaikum.

Lamanyaaaaa tak berupdate kat sini. Alhamdulillah, aku masih diberi nyawa untuk meneruskan kehidupan di pedalaman ni malah jika diukur pada penimbang berat, memang tidak syak lagi, MAKIN SIHAT! Apa boleh buat kan, Allah bagi selera makan tinggi kat aku. Hehehe. Walaupun di hulu, makanan tetap diutamakan. Sapa tak mau makan kan?

"tangkap gambar cikgu sat. cikgu nak letak dalam blog cikgu"

Nak cerita apa lagi? Kehidupan macam biasa. Kekadang sibuk, kekadang lapang, kekadang buat-buat sibuk dan kekadang buat-buat lapang. Setakat hari ini, alhamdulillah dah selesai semua kerja. Markah ujian dah tanda, LINUS pun dah update kat web NKRA, kertas ujian dah hantar kat PK, tinggal minta markah murid tahun 3 bagi subjek-subjek lain (peranan guru kelas kan), dah dapat markah nanti boleh buat kedudukan murid tahun 3 tu.

Cumanya dari segi kemudahan di sini, rasanya makin sukar. Line telefon takkan ada lagi di sini. Dulu boleh ada line telefon pun sebab tumpang pencawang Kem Sekawi (kem balak) tapi sekarang kem ni dah berpindah so takda orang lagi nak pasangkan pencawang tu. Sedih gila hinggakan kami kat sini meroyan sampai dah lupa macam mana bunyi nada dering telefon masing-masing. Air pula makin takda. Budak-budak memang kena mandi sungai pagi dan petang. Kekadang risau sebab air sungai tinggi juga, bukan surut macam dulu. Mudahan tak jadi apa-apa la. InshaAllah. Hari tu diduga pula, minyak generator habis. Ya ampun, peritnya rasa. Panas, tak boleh tidur langsung. Nasib baik sekejap ja, kalau lama takda minyak tu confirm gila kami kat sini.

Dear KPM, nanti-nanti kalau saya minta pindah please approve ya. Penat mengomel kat sini. ;')

Tabahlah wahai hati/jasad. Selagi mampu bertahan......

(menyesal tak minta pindah eg tukar bulan lepas. hehehe)