Tuesday, February 11, 2014

Krisis Air


Ya Allah, dugaannya. Awal bulan Januari, sekolah aku diduga dengan banjir yang kerap berlaku. Air naik lepas tu surut, lepas tu naik lagi lepas tu surut. Berulang kali hinggakan penat nak cuci. Sekarang awal Februari, diduga pula dengan krisis air. Takda air di tangki, kena lah berangkut air sungai untuk masak, membasuh dan mandi. Memang selayaknya dapat elaun pedalaman tu kan. Memang susah benar di sini. 

Dah dua tiga hari ni, nak buang air besar pun fikir dulu. Sebab apa? Sebab malas nak berangkut air. Hahaha. Nampak sangat pemalas kan. Tapi kalau dah tak tahan sangat, takdanya nak fikir dulu. Nak mandi memang ke sungai lah, pagi dan petang. 




Murid pun dah terpaksa mandi sungai. Apa lagi, memang seronok lah boleh berenang bagai. Rata-rata murid sini pandai berenang, ye lah dari kecil memang dah dalam sungai kan. So semestinya masa murid mandi, warden dan PPM kena pantau dan jaga. Oh bermula 1 Februari lepas, aku dilantik jadi warden. Bertambah lagi beban tugas. Huhuhu.

Nak dijadikan cerita, hujung minggu lepas, aku mandi sungai dan sungai ni memang dah sah sah ada buaya. Sehari sebelum tu, kami bercerita dengan penduduk sini pasal tempat-tempat yang selalu nampak buaya. Katanya, kat tempat kami mandi tu ada juga pernah nampak 'bujang senang' tu. So masa aku mandi tu, seronok berenang tetiba ada buih-buih sebelah aku. Kan selalunya buih-buih nafas binatang dalam air tu kan. Terlintas kat fikiran aku, 'bujang senang' la kot. Apa lagi terus aku berenang dan berlari ke darat sambil menjerit kat cikgu-cikgu laki lain. Hahahaha. Depa gelakkan aku ja, rupanya buih tu buih tanah ja. Malunyaaaaaaa. Hahahahaha.


Sehingga itu sahaja. :)


No comments: