Tuesday, January 28, 2014

Pengalaman Iring Murid

Haaa lama tak update. Konon nak sambung percutian di Sabah, Krabi dan USS, nampaknya tergendala seketika atau selamanya. Hahaha. Malas betul. 

Hari Rabu hingga Sabtu minggu lepas, aku kena iring murid ke Stadium Bintulu untuk Kejohanan Sukan Daerah Tatau. Sekolah aku hantar 9 orang atlet ja. Sikit ja sebab senang nak kawal dan for sure nak jimat kos. Kos nak keluar ke bandar mahal kot. Tambang perahu dari sekolah ke jeti Sangan, pastu kenderaan (van) dari jeti Sangan ke Bintulu lagi.

Di stadium, bersama atlet Kuala Muput. :)

Masa nak bertolak dari sekolah hujan lebat. Terpaksalah naik perahu dalam keadaan hujan tu, beg memang dah prepare bungkus dalam beg plastik sampah. Sampai di Sangan memang basah habis, salin baju pula. (Begini la nasib guru pedalaman tiga) Lepas tu baru bergerak ke Bintulu.

Sepanjang tiga hari di sana, memang letih ya amat. Di stadium, aku kena jaga murid. Sebelum murid berlari, aku kena balut kaki murid dengan plaster dulu (takut kaki luka berlari atas trek panas), kena daftarkan murid ikut acara masing-masing, kena urut kaki kalau kaki kejang. Macam-macam lah hinggakan cikgu sekolah lain tanya aku ni PPM (Pegawai Pembantu Murid) ka? Laha kan. Jatuh saham. Hahaha.

Ni kami ja cikgu-cikgu nak makan besar. Murid-murid stay di hotel dengan PPM.

Makan besar time gaji baru masuk. Memang besar laaaaa!

The best part, kami (cikgu-cikgu) sempat bawa murid-murid ni jalan-jalan Bintulu. Malam pertama, kami bawa murid ni ke Sing Kong Mall, malam kedua tak jalan mana-mana sebab nak recharge energy dan malam ketiga kami bawa murid makan KFC dan jalan-jalan di Farley Mall. Kesian tengok murid sini, nak naik escalator pun takut-takut (tak pernah naik katanya). Tetiba rasa sebak. :(

 Sorang murid dapat set nasi dengan ayam dua ketul tu. Depa happy gila boleh makan KFC.



Pengalaman ni memang berharga. Letih tapi seronok, banyak kerja tapi enjoy ja. 

Paling paling paling bestnya, walaupun 9 orang atlet kami berjaya bawa pulang 3 emas dan 1 gangsa.

Atas perahu. On the way balik sekolah dah. 

No comments: