Tuesday, December 31, 2013

Selamat Datang 2014


2013. Alhamduillah segalanya berjalan dengan baik, dipermudahkan segalanya. Tahun yang menyaksikan turun dan naik dalam fasa kehidupan. Selama 6 bulan mengganggur, meniti masa dengan harapan penempatan. Di sepanjang 6 bulan tu, aku jual lolichoc, gigihkan diri dengan mengajar di pusat tuisyen di Bertam Perdana (juga di Sungai Petani walaupun hanya dua minggu) dan jadi guru ganti juga di pusat tuisyen di Kepala Batas. Alhamdulillah, masa tu duit sentiasa ada untuk makan-makan, jalan-jalan dan juga sedikit simpanan untuk konvokesyen dan juga penempatan. Tahun 2013 juga menyaksikan kejayaan aku mengharungi pengajian selama 5 1/2 tahun di ipg, alhamdulillah konvo bulan Mei lepas. 

Syukur Ya Allah, setelah 6 bulan mengganggur akhirnya diberi penempatan untuk mula mengajar di pedalaman Sarawak. Tahun 2013, tahun permulaan karier sebagai guru. Alhamdulillah, dengan gaji sekarang ni dah boleh bagi kat mak ayah & keluarga, bawa keluarga bercuti, boleh la setakat belanja minum dan makan kawan-kawan, boleh juga beli hadiah untuk diri sendiri dan merasai percutian di negara orang. 

Terima kasih Ya Allah. Dalam tempoh setahun ni, aku berjaya mengharungi turun dan naik ni. Ketika turun, berusahalah dan gigihlah untuk buat sebarang pekerjaan selagi ia halal (buang malu tu jauh-jauh) dan ketika naik, janganlah mendongak sehingga lupakan orang di bawah dan seintiasa ingat kenangan ketika di bawah dulu. InshaAllah.


2014? Mudahan semuanya indah belaka. InshaAllah.

Azam? Cukuplah hanya aku dan Allah yang tahu. *acewah*

p/s: esok dah nak balik Hulu Sungai Anap. 

1 comment:

Chekgu Azrine said...

salam cikgu..
happy new year..