Saturday, December 28, 2013

Percutian Bajet ke Kuching Day 3



Hari ni hanya hari untuk membeli belah. Seawal pagi kami dah bangun, tapi tak bersiap lagi. Bangun untuk cari kereta sewa di Kota Kinabalu dan hotel di Kundasang sebab jam 1.30 petang flight kami ke Kota Kinabalu (bersambung cuti kat sana). Nasib baik wifi Berambih Lodge ni laju, senang nak google. Dah settle kereta sewa dengan hotel tu, kami bersiap untuk membeli ikan terubuk masin.


Sekali lagi, naik penambang 50 sen untuk seberang sungai. Kami decide nak beli ikan masin kat kedai berdekatan dengan Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. Tengok ikan situ fresh dan harganya pun murah. Aku beli 2 set (3 ekor RM 10) dan 2 set juga (2 ekor RM 10). Apa yang beza? For sure la saiz ikan terubuk tu. Kalau boleh memang nak borong, tapi beg memang dah penuh, itu pun dah beli satu lagi beg baru. Kek lapis memang tak beli langsung. Dah tak tau nak sumbat kat mana. But sokay, lama lagi kot kerja kat sarawak ni.



Dah selesai membeli, kami round la area Kuching tu. Masuk Parkson berdekatan dengan hotel Pullman, Riverside Majestic semua tu dan terus pergi lunch, kat kedai di bahagian belakang Parkson.


Lepas lunch, kami balik semula ke Berambih Lodge untuk ambil gambar kenang-kenangan. Dah sampai Berambih, teksi pun dah sampai untuk bawa kami ke airport. Call minta pukul 12 tengah hari, pukul 11.50 uncle tu dah mai. Nasib baik sempat juga snap gambar kat lobi Berambih. 





As conclusion, biasanya kat Kuching ni. Bolehlah datang untuk tengok suasana di sini tapi jangan high expectation sangat. Setakat nak jalan-jalan sikit, merasa makanan tempatan, nak beli kek lapis dengan terubuk masin should be ok la. Dont expect more ya!

Destinasi menarik di Kuching:

1. Sepanjang riverside. Kena jalan along riverside ni. Waktu petang dengan malam happening kat sini.

2. Naik penambang 50 sen untuk seberang sungai. Boleh pergi Kedai Kek Lapis Mira dan Dayang Salhah. Kedai jual ikan terubuk masin pun banyak.

3. Barok Restaurant (belakang food court di seberang sungai). Makanan sini best. Restoren ni pun unik. Macam kat atas pokok. 

3. Pasar Satok/ Pasar Sarikin. (ni aku tak sempat pi. tapi ramai cakap kena pi sini)

4. Kampung Budaya Sarawak. Bagi aku so so ja.

5. Kuching Wetlands National Park. (aku tak pi juga)


So bye Kuching and hello Kota Kinabalu.

Tamat. Percutian Bajet ke Kuching.
........................................................................................................................

No comments: