Thursday, December 26, 2013

Percutian Bajet ke Kuching Day 2


Seawal pagi kami bangun dan bersiap. Seterusnya terus ke tempat bas/teksi yang terletak berdekatan dengan India Road. Berjalan dari lodging lebih kurang 15 minit jugak kot. Dah sampai situ, kami tanya ja kat orang tempatan bas atau van mana yang lalu ke Kampung Budaya Sarawak. Alhamdulillah ada van ke sana. Harga RM 6.00 ja. Memandangkan van tak gerak lagi, kami bersarapan dulu. 

Dalam van. Pakcik sebelah tu sangat ramah. 



Perjalanan dari stesen tu ke Kampung Budaya lebih kurang 40 minit. Tiba di Kampung Budaya, kami beli tiket masuk. Merasa RM 60. Takpa la, sekali seumur hidup and at least dah sampai sini juga kan. 

Ni tarian Melanau.

Orang Ulu. Aksi sumpit menyumpit. Nasib baik tak panggil aku naik atas pentas. 



Bagi aku biasa ja di Kampung Budaya ni, yang paling best hanyalah 45 minit awal iaitu tarian kebudayaan bagi setiap kaum di Sarawak. Tarian ni memang best. Ada tarian iban, melanau, melayu dan orang ulu. Selebihnya, biasa ja kot. Setakat nak tengok rumah panjang, baik aku pi rumah panjang murid aku kat Sungai Anap tu. Hehehe. 

(Tips: sebaik saja beli tiket, terus masuk ke dalam dewan. Macam kami sibuk bergambar dulu at last masuk dewan dah penuh. Kena la berdiri selama 45 minit tu)

Rumah Orang Ulu. 

Rumah Melanau. Bertingkat-tingkat. Tangga kecik jah.

Rumah Melayu. Warna kuning diraja. Silau mata tengok langsir.

Ni kat rumah panjang Iban.

Nak dapatkan sekeping gambar ni pun menyeksa sangat. Hahaha. Camera nak terjatuh lah, gambar senget lah, pose tak cantik lah. At last, ok la kan?

Tak best pun tetap lah berjam-jam kat sini. Boleh macam tu? Penuh kamera bergambar sana-sini. Dah puas jalan di Kampung Budaya tu, kami ke food court berhadapan dengan Kampung Budaya untuk makan tengah hari. Food court ni berhadapan dengan laut, berangin ja. 



Selesai makan, kami call abang van untuk ambil kami kat sini. Sepanjang perjalanan balik ke stesen, memang zzzzz lah. Petang tu kami jalan-jalan lagi di India Road (beli juga baju), masuk Parkson (beli juga beg), jalan-jalan lagi di kedai sepanjang riverside (beli baju Sarawak untuk family) pastu baru balik lodging. 

Kat anak buah, kat murid, kat kawan. 

Pada sebelah malamnya pula, kami naik lagi penambang 50 sen untuk pi makan di food court di seberang sungai sana. Dinner kali ni teringin makan western pula. Kat Tatau mana ada western oiii. Hahaha. Sekali makan chicken chop dengan beef burger. Tudiaa perut gajah.

Tak cukup lagi membeli haaa.

Sepanjang riverside memang meriah.

Habis makan, jejalan lagi sepanjang riverside pastu balik lodging tengok final AF. Sempatttt!!!

bersambung day 3
.......................................................................................................

No comments: