Wednesday, December 25, 2013

Percutian Bajet ke Kuching Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sihat awak?

Straight to our business, percutian aku ke Kuching bermula pada hari pertama cuti persekolahan. Aku dari Tatau (my work place) ke Sibu untuk jumpa Arif (my trip partner) dan bermalam di sana disebabkan keesokan paginya flight kami ke Kuching. 

Eh jap
......... aku cuba untuk cerita seringkas yang boleh .........

Di airport, tengah tunggu bagasi.

Lebih kurang jam 9.00 pagi kami dah sampai Kuching Airport. Kat sini baru nak cari hotel. Gigih la google guna wifi Starbuck. Then dah jumpa hotel, kami stay di Berambih Lodge. Dari airport ke lodging (area waterfront) kena charge RM 28. Sampai hotel terus check in. Baik pekerja sini walaupun awal lagi dah bagi check in.

Stay sini dua malam.

Pastu aku roger Farin dengan Fini, kebetulan depa ada di Kuching lagi. Flight depa ke semenanjung pukul 8.00 malam. Masa aku call, depa dah ada kat Kedai Kek Lapis Dayang Salhah. So dari lodging kami jalan kaki ke riverside pastu naik penambang RM 0.50 untuk ke seberang sungai.

Jangan nak feeling macam kat Italy sangat lah. Hahaha

Dah sampai seberang. Dekat ja pun.

Dah jumpa depa berdua, kami ke kedai kek lapis untuk merasa semua kek yang ada. Kalau ikutkan citarasa aku, aku lebih prefer kek kat kedai Kek Lapis Mira berbanding kedai Kek Lapis Dayang Salhah. But well, setiap orang citarasa berlainan kan. Harga sama ja kedua-dua kedai. Aku dengan Arif tak beli lagi memandangkan kami stay kat Kuching lagi dua hari, Farin dengan Fini membeli tak ingat la, untuk family katanya.

Pelbagai jenis kek lapis. Hang rasa la semua naa.

Selesai merasa/membeli kek lapis, kami lunch dulu di food court area situ juga. Sambil makan sambil sembang panjang pasal hal sekolah masing-masing. Baru sempat nak bercerita. Lepas tu, kami naik penambang balik semula ke seberang sini untuk survey baju or barang cenderahati. Survey ja kat kedai-kedai sepanjang jalan kat riverside tu. Ada kedai yang mahal, ada kedai yang murah.

Konon paling happy la bercuti kat Kuching ni.

Errr speechless...

Pastu kami bergambar di patung kucing tu. Simbolik Kuching kan. Farin dengan Fini dah nak bergerak ke airport dah dalam pukul 6.30 petang kot. So aku dengan Arif balik ke lodging untuk rehat dulu. Penat dah aikh jejalan sepanjang riverside tu.

Budak perempuan kecik tu tengah nyanyi lagu Kisah Hati.

Tunggu penambang lima puluh sen.

Di sebelah malamnya pula, kami berjalan-jalan di sepanjang riverside. Happening kat sini, ada orang berniaga cenderahati, ada juga kedai makan dan ada juga indie band yang menyanyi live berkonsepkan 'aku penghibur jalanan' by amir jahari.

Nyaman makanan kat restoren tok. (kelakar sarawak)

Sekali lagi kami naik penambang bayar 50 sen untuk seberang sungai. Malam ni kami dinner di Barok Restaurant. Highly recommanded by me. Sedap gilaaa. Aku makan nasi ayam penyet dengan ayam pansoh (wajib makan kalau kat sarawak ni) dan air bandung cincau. Semua sedap. Harga pun standard ja, tak mahal pun. :)

bersambung day 2

..................................................................................

No comments: