Monday, November 11, 2013

Lagi persekitaran SK Kuala Muput

Nak kongsi lagi gambar persekitaran sekolah aku ni. Dalam entry lepas rasanya sikit ja kan aku upload. Satu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan di sini; nyaman. :)

Selamat datang ke SK Kuala Muput katanya. Sebaris rumah tu, rumah cikgu-cikgu sekolah ni.

Ni laluan untuk ke pejabat/kelas. Klasik kan?

Ni pula pondok menunggu untuk murid-murid/guru-guru yang akan menggunakan khidmat perahu. Murid akan tunggu apai indai (ayah ibu) diorang kat sini untuk balik ke rumah dua minggu sekali.

Gambar ni diambil dari pondok kat atas. Dah nampak perahu apai indai diorang dah datang, baru la turun ke bawah. Senang cakap macam jeti la.


Bangunan yang menempatkan pusat sumber, bilik guru, pejabat dan kelas bagi tahap dua. Kelas tahap satu di bangunan di sebelah.

Padang utama sekolah. Actually sekolah ni ada dua padang. Padang yang lagi satu tu kecil sikit, berhadapan dengan bangunan pejabat/bilik guru di atas.

Depan rumah cikgu-cikgu, ada court badminton. Court ni pun tengah renovate, tak siap sepenuhnya lagi. Ni lah aktiviti kami pada waktu petang. 

Kalau tak main badminton, aku bergoya di atas jeti. Menikmati pemandangan petang sambil mengintai abang 'bujang senang'. Mampu? Hahahaha

p/s: lupa pula nak snap kawasan asrama murid, pra sekolah dan dewan makan. later lah.

Hulu Sungai Anap dengan kasih sayang,
CN.



No comments: