Tuesday, October 29, 2013

Kemas Kini Oktober

Assalamualaikum. Salam sejahtera. Hai.

Lamanya tak bercerita di sini kan. Hampir dua bulan, rasanya ini kali pertama dua bulan tak update blog. Macam-macam cerita nak cerita, nak kongsi tapi ada saja kekangan. 

Alhamdulillah, semakin lama semakin serasi dengan persekitaran di sini. Semakin serasi dengan pentadbir, rakan guru dan juga murid di sini. Keserasian dengan petadbir dan rakan guru macam biasa ja, sama seperti di semenanjung. Cuma dengan murid ja. Faham kan keadaan di sini dan boleh agak kan tahap murid di sini. Cuma kekadang aku expect more, aku nak murid ni 'cepat tangkap' macam murid di bandar, aku nak pencapaian murid ni macam di bandar juga. Disebabkan tu, kekadang aku agak stress sebab aku nak murid aku capai expectation aku. 



Setakat ni, murid tahun 4 yang aku ajar Bahasa Melayu, dari segi latihan pemahaman yang aku bagi, nampak peningkatan sedikit demi sedikit. Kalau dulu semua dapat 16/40 ke 25/40, sekarang dah ada dua tiga orang dapat 32-34/40. Periksa akhir tahun ni sengaja aku bina soalan dari soalan-soalan UPSR lepas, nak tengok pencapaian sebenar murid tahun 4 ni. Hopefully ok la. Kalau tak, tahun depan memang kena kerja keras lagi. Dari segi bina ayat, ramai lagi masih lemah. Sobs sobs. Takpa, pelan-pelan kayuh kan.

...................................................................................

Dua minggu sekali aku akan keluar ke bandar. Bandar terdekat dengan sekolah aku ni sebenarnya Bintulu tapi memandangkan aku tak geng langsung di Bintulu, aku prefer turun Sibu. Kat sana ramai toluuuuuuuuu!!! *tu yang penting* Tetap tolu di hati katanya. 
Memang makan besar. Bil 200++ lebih. Ambik kauuuu!! Hehehe tapi puas.
Jumaat, Sabtu, Ahad minggu lepas aku turun Sibu. Kebetulan ramai tolu turun juga minggu lepas. Ada Kimah, Norin, Nana, Acap, Fandi, Azhari. Pastu Arif yang habis kursus hari Sabtu pun, gigih nak turun Sibu juga. Alhamdulillah, so happy dapat makan besar, main boling, menyembang macam di kelas maktab dulu dengan tolu-tolu nih. Seriously, bila kumpul ramai-ramai ni, terus lupa yang kami ni di Sarawak, rasa macam kat Penang ja. Hehehe. :')

Cuti sekolah akan bermula dua minggu lebih dari sekarang. Tak sabarnya nak balik walaupun hari raya aidiladha lepas baru ja balik. Balik ni nak makan puas-puas (macam kat sini tak makan ja kan), nak shopping (kat sini memang tak shopping langsung, beli benda yang perlu ja), nak pi bercuti, nak lepak dengan PAR, nak luang masa dengan keluarga. InshaAllah.

Apa pun, kamek sik sabar ke Kuching & Kota Kinabalu duluuuuuu then baru balik Penang!!!

From Hulu Sungai Anap with love,
Cieut Nizar.

No comments: