Friday, September 6, 2013

Kemas Kini September

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rindunya nak menulis di sini, rindunya untuk berkongsi, rindunya nak cerita. Sejak di pedalaman ni, memang mood blogging pun dah hilang entah ke mana. Nak kata tak seronok tinggal di sini, ok ja. Cuma kekadang sibuk, sekarang dah memang pegang amanah sebagai guru bukan lagi guru pelatih. Guru pelatih dulu bolehlah duduk relaks, sembang-sembang tapi kekadang sibuk juga kan. Sibuk tu bermusim. Dah jadi guru ni sibuknya setiap hari. 

Kemudian, kadang kala malas sebab internet connection wifi sekolah ni pun sangat menduga kesabaran. Kemut ya amat, end up biarlah, duduk diam diam di sini. Malam ni boleh pula gigih nak update juga kan. 



Alhamdulillah, dah dua bulan di sekolah ni. Alhamdulillah juga semuanya baik-baik saja di sini. Hari tu busy dengan latihan koir dan sambutan hari merdeka. Seronok sangat sambutan di sini. Meriah dengan bunga api dan lepas 50 tanglung. Cantik sangat suasana masa lepaskan tanglung ke atas. Pastu penat lelah cikgu melatih koir berbaloi dengan kemenangan anak-anak ni. Semestinya im a proud teacher. Padahal masa berlatih tu, empat orang anak Iban ni menangis aku kerjakan. Huhuhu. Kiranya air mata depa pun berbaloi. 



Di samping kegembiraan pasti ada juga kedukaan. Walaupun baru dua bulan, rasanya berat juga dugaan aku ni. Pertama, lepas balik cuti raya aku terlepas flight Kuching ke Bintulu menyebabkan aku tak boleh masuk sekolah. Cerita ni kat tolu, semua gelak sakan. Katanya aku ni pecah rekod, tolu pertama terlepas flight. Hahaha choy kan. Nasib baik digantikan dengan tiket baru keesokan harinya. So aku masuk sekolah hari Selasa, pakat kena laha kat sekolah ni pula. Hahaha. 



Minggu lepas pula aku terlibat dalam kemalangan. Aku ke Sibu, tumpang dengan Kak Liza. Masa di Sibu memang tak ingat la makan, shopping semua. Tambah lagi jumpa dengan Arif dengan Norin. On the way balik ke Tatau hari Ahad tu kami accident. Kereta depan brek mati mengejut, memang tak sempat nak buat apa. Kemek teruk juga kereta Kak Liza. Isnin tu kami CRK, pastu nasib baik ada Kak Van (kawan kak Liza) dengan Yie (senior di maktab dulu). Depa la banyak tolong kami. :)



Risau pula kan, baru ja dua bulan dah macam-macam aku ni. Ya Allah, aku berlindung dan berserah semuanya kepadaMu. Mudahan semuanya baik-baik belaka.