Saturday, July 20, 2013

Puasa Di Pedalaman

Alhamdulillah, hari ini dah 10 hari kita berpuasa kan. Alhamdulillah juga kita sudah lepas fasa pertama iaitu fasa rahmat. Mudahan kita semua mendapat rahmatNya. Amin.



Cabaran puasa kali ni, berpuasa di Kuala Muput. Jauh daripada keluarga, jauh daripada surau/masjid, jauh daripada makanan. Walaupun jauh namun masih berasa gembira di sini. Dengan adanya kawan-kawan yang meriah dapat menggantikan keluarga yang jauh. Ramai kami di sini. Ada Ruzaini, Kak Liza, Zana, Roza, Huda, Dayang, Kak Lina dengan Cikgu Rosli. Rasa seronok pula berbuka ramai-ramai dan bermacam-macam juadah.

Balik sekolah dalam 12.30 tengahari, selalunya aku terus tidur. Bangun dalam pukul 3 petang, baru terhegeh nak solat Zohor. Lepas solat, kadang tengok tv or dengar lagu dalam bilik sambil fikir nak masak apa. Then dalam pukul 4.30-5 petang dah mula masak. Dah siap masak, keluar main badminton. Ni pun lawak, main hentam ja main badminton. Asal kena, kira ok la tu. 

Dah nak dekat waktu berbuka, baru balik rumah. Kalau berbuka ramai-ramai, bawa la juadah ke rumah sebelah. Seronok berbuka ramai-ramai, masa makan tu la nak berlawak, usik orang itu, orang ni. Rasa macam keluarga. Selesai berbuka, balik mandi, solat maghrib. Pastu kalau rajin buat terawih. Huhu. Kena buat terawih sendiri ja. :( Selesai semua, ke rumah sebelah lagi untuk moreh pula. Just  makan makanan yang tak sempat dihabiskan masa berbuka tadi. 


Macam kelmarin, Kak As buat bihun sup ayam kampung, kerabu paku pakis, Kak Liza masak ala yong tau fu, aku masak sardin dengan goreng ikan bilis, Huda masak bihun goreng dengan masak lemak jantung pisang. Meriah kan? Terubat rindu masakan mak. :(

Begitulah ceritanya. Itu tak cerita lagi masa kami sempat turun ke Pekan Tatau untuk pi bazar Ramadhan. Masing-masing dah macam orang tak makan sebulan. Macam-macam nak beli. Ikan bakar, ayam bakar, segala jenis kuih, air tebu, ABC, macam-macam. Rasa lega sangat boleh membeli. Hehehe. Dan moment yang paling best, kami berbuka dalam perahu ja. Tak sempat sampai rumah. Ya Allah, serius best gila moment ni. Gambar ada kat Roza, nanti aku upload. 

After all, im really happy here. Alhamdulillah, Allah tempatkan aku di sini. Persekitaran yang nyaman, kawan-kawan yang dah macam ahli keluarga. 

Ya, sesungguhnya Allah sebaik-baik pemberi tempat. 

p/s; sekarang di Sibu. Alhamdulillah boleh jumpa roomate 5 1/2 tahun di sini. Update soon.

1 comment:

mamarnierief said...

...teringat memori kat SK Kuala Muput...teringat rakan2 lama...