Monday, July 29, 2013

Nak balik raya oii!

Ya Allah, tak sabarnya menanti hari Jumaat nih. Selasa, Rabu, Khamis then Jumaat. 4 hari lagi ja Nizar! Sabar sat! Hari Jumaat ni keluar dari sekolah dalam jam 10.30 pagi dan rasanya terus menuju ke airport Bintulu sebab flight aku ke Kuching pukul 4.10 petang. Pastu berbuka di Kuching dulu, flight ke KL pukul 8.35 malam. Tidur di LCCT, 6.45 pagi baru flight ke Penang. Memang aku tak ambil direct flight sebab mahal, beza dalam 300++. Dah la masa beli tiket tu tak bergaji lagi. Sobs sobs.

Sekarang, siang malam dah dengar lagu raya. Dalam bilik guru pun pasang lagu raya. Nak nangis dengar lagu Pulanglah (Aishah), Dendang Perantau (P.Ramlee), ye la aku mana pernah jauh, in fact tak pernah keluar dari Pulau Pinang. Hahaha. Nak balik kampung ni, aku beli kek lapis dan terubuk masin sebagai buah tangan. Kek lapis dah siap pos ke rumah dah pun. 

Balik nanti, sampai ja hari Sabtu tu, aku nak pi cari baju melayu. Tema kali ni dengan adik beradik PAR, warna hijau. Pastu esoknya hari Ahad nak shopping t-shirt, sandal bagai kat pulau dengan geng-geng. Lepas shopping, nak berbuka puasa sekali. Tudiaa planning kan!!!

Sementara tak balik lagi, tengoklah juadah berbuka aku di sini. Memang meriah! Juga aktiviti lepas terawih, memancing udang galah! :')

Nasi ayam yang aku masak. Resipi 100% internet dan alhamdulillah menjadi. :)
Nasi ayam sekali lagi yang dibuat upon request.Mampu tak upon request? Hahaha

Tudiaa mancing udang di jeti. Suasana memang cantik sebab masa ni bulan penuh. Spectular view. 

Until then, jumpa di Penangggggggggg!!!

No comments: