Monday, July 29, 2013

Nak balik raya oii!

Ya Allah, tak sabarnya menanti hari Jumaat nih. Selasa, Rabu, Khamis then Jumaat. 4 hari lagi ja Nizar! Sabar sat! Hari Jumaat ni keluar dari sekolah dalam jam 10.30 pagi dan rasanya terus menuju ke airport Bintulu sebab flight aku ke Kuching pukul 4.10 petang. Pastu berbuka di Kuching dulu, flight ke KL pukul 8.35 malam. Tidur di LCCT, 6.45 pagi baru flight ke Penang. Memang aku tak ambil direct flight sebab mahal, beza dalam 300++. Dah la masa beli tiket tu tak bergaji lagi. Sobs sobs.

Sekarang, siang malam dah dengar lagu raya. Dalam bilik guru pun pasang lagu raya. Nak nangis dengar lagu Pulanglah (Aishah), Dendang Perantau (P.Ramlee), ye la aku mana pernah jauh, in fact tak pernah keluar dari Pulau Pinang. Hahaha. Nak balik kampung ni, aku beli kek lapis dan terubuk masin sebagai buah tangan. Kek lapis dah siap pos ke rumah dah pun. 

Balik nanti, sampai ja hari Sabtu tu, aku nak pi cari baju melayu. Tema kali ni dengan adik beradik PAR, warna hijau. Pastu esoknya hari Ahad nak shopping t-shirt, sandal bagai kat pulau dengan geng-geng. Lepas shopping, nak berbuka puasa sekali. Tudiaa planning kan!!!

Sementara tak balik lagi, tengoklah juadah berbuka aku di sini. Memang meriah! Juga aktiviti lepas terawih, memancing udang galah! :')

Nasi ayam yang aku masak. Resipi 100% internet dan alhamdulillah menjadi. :)
Nasi ayam sekali lagi yang dibuat upon request.Mampu tak upon request? Hahaha

Tudiaa mancing udang di jeti. Suasana memang cantik sebab masa ni bulan penuh. Spectular view. 

Until then, jumpa di Penangggggggggg!!!

Sunday, July 21, 2013

Jejalan Sibu

Actually bandar terdekat dengan Tatau ialah Bintulu. Tapi kali ni saja aku turun Sibu sebab nak jumpa roomate 5 1/2 tahun di maktab dulu, Arif. Gigih punya pasal, sanggup nih. Lagipun, kalau aku turun Bintulu, aku takda geng nak sewa hotel sekali. Kalau sewa sorang, mahal la. Dah la gaji pun takda. :(

Thats why aku decide nak turun ke Sibu ni. Dari Pekan Tatau, aku naik bas. 2 jam 30 minit juga lah baru sampai Sibu nih. Tambang RM 15 ja. Dah sampai sini, terus ke hotel sebab Arif dah check in awal. Lepas tu  kami jejalan lah Sibu ni. Semalam sempat pi bazar, berbuka then sambung sembang di hotel ja. Hari ni sempat jejalan merata dan sempat juga tengok wayang. Klasik gila wayang sini, semua manual ja. Memang terbaik lah!!!

Bazar di Sibu. Baru lah boleh merasa banyak makanan. 

Berbuka di dataran ja. Tak sempat balik hotel. Sempat WeChat kat tolu. Bagi depa jeles. Haha.

Tiket wayang rare! Pilih seat pun tanda kat kertas ja. Boleh?

Ok. Esok balik Tatau dah. 

Saturday, July 20, 2013

Puasa Di Pedalaman

Alhamdulillah, hari ini dah 10 hari kita berpuasa kan. Alhamdulillah juga kita sudah lepas fasa pertama iaitu fasa rahmat. Mudahan kita semua mendapat rahmatNya. Amin.



Cabaran puasa kali ni, berpuasa di Kuala Muput. Jauh daripada keluarga, jauh daripada surau/masjid, jauh daripada makanan. Walaupun jauh namun masih berasa gembira di sini. Dengan adanya kawan-kawan yang meriah dapat menggantikan keluarga yang jauh. Ramai kami di sini. Ada Ruzaini, Kak Liza, Zana, Roza, Huda, Dayang, Kak Lina dengan Cikgu Rosli. Rasa seronok pula berbuka ramai-ramai dan bermacam-macam juadah.

Balik sekolah dalam 12.30 tengahari, selalunya aku terus tidur. Bangun dalam pukul 3 petang, baru terhegeh nak solat Zohor. Lepas solat, kadang tengok tv or dengar lagu dalam bilik sambil fikir nak masak apa. Then dalam pukul 4.30-5 petang dah mula masak. Dah siap masak, keluar main badminton. Ni pun lawak, main hentam ja main badminton. Asal kena, kira ok la tu. 

Dah nak dekat waktu berbuka, baru balik rumah. Kalau berbuka ramai-ramai, bawa la juadah ke rumah sebelah. Seronok berbuka ramai-ramai, masa makan tu la nak berlawak, usik orang itu, orang ni. Rasa macam keluarga. Selesai berbuka, balik mandi, solat maghrib. Pastu kalau rajin buat terawih. Huhu. Kena buat terawih sendiri ja. :( Selesai semua, ke rumah sebelah lagi untuk moreh pula. Just  makan makanan yang tak sempat dihabiskan masa berbuka tadi. 


Macam kelmarin, Kak As buat bihun sup ayam kampung, kerabu paku pakis, Kak Liza masak ala yong tau fu, aku masak sardin dengan goreng ikan bilis, Huda masak bihun goreng dengan masak lemak jantung pisang. Meriah kan? Terubat rindu masakan mak. :(

Begitulah ceritanya. Itu tak cerita lagi masa kami sempat turun ke Pekan Tatau untuk pi bazar Ramadhan. Masing-masing dah macam orang tak makan sebulan. Macam-macam nak beli. Ikan bakar, ayam bakar, segala jenis kuih, air tebu, ABC, macam-macam. Rasa lega sangat boleh membeli. Hehehe. Dan moment yang paling best, kami berbuka dalam perahu ja. Tak sempat sampai rumah. Ya Allah, serius best gila moment ni. Gambar ada kat Roza, nanti aku upload. 

After all, im really happy here. Alhamdulillah, Allah tempatkan aku di sini. Persekitaran yang nyaman, kawan-kawan yang dah macam ahli keluarga. 

Ya, sesungguhnya Allah sebaik-baik pemberi tempat. 

p/s; sekarang di Sibu. Alhamdulillah boleh jumpa roomate 5 1/2 tahun di sini. Update soon.

Sunday, July 7, 2013

SK Kuala Muput di hatiku

Baru tiga hari kat sekolah, dah di hatiku katanya.

Alhamdulillah, semuanya baik-baik belaka. Ada kawan, ada senior kat sekolah ni. Cikgu-cikgu pun semua ok, mesra. Boleh melawak, ceria ja bilik guru.

Ni aku di Bintulu, saja turun sini nak beli tiket flight balik raya. Alhamdulillah dah settle semua. Aku sampai Penang 3hb 8 pagi, balik ke Sarawak 18hb 8 sampai Bintulu pukul 10  pagi.

Petang ni balik Tatau dah, dah takda line. Huwaaaaaaa.  Jom lah tengok sekolah aku.






Tuesday, July 2, 2013

Farewell

Dah sampai Kuching, check in Hotel Grand Margherita. Memang grand hotel ni, rasa VIP nya. Bagus la KPM bagi senang dulu. Esok hang tau la macam mana Nizar oiii!

Sekarang jam 3.28 pagi waktu Kuching (overnya), aku sampai sini jam 12.30 pagi juga la. Sampai hotel terus diberi taklimat untuk pecah ikut kumpulan/daerah masing-masing. Aku tak tido dah ni, sat lagi nak siap-siap, pukul 4.00 pagi kena kumpul untuk ke airport semula. Flight ke Bintulu pukul 7 pagi. Ya Allah letihnyaaaa. :'(

Oh lupa nak inform, boleh google yer sekolah aku, SK Kuala Muput, Tatau. Pedalaman 3.