Friday, June 7, 2013

Cerita Konvo part I

Lambat sungguh nak update cerita. Busy ganti tuisyen. Kena cari duit setelah banyak ringgit diperhabis untuk konvo. Hehe.

Aku mulakan dengan perjalanan ke Putrajaya tapi versi ringkas dan padat. Kena cerita juga kat sini, takut sepuluh tahun mendatang aku dah lupa dan cerita ini juga sebagai penghargaan kepada mereka yang menolong dan meraikan kejayaan aku ni. 

Aku pergi ke Putrajaya dengan Fadhil, Rahimi, Pown, Zailan. Pown naik kereta Zailan. Aku, Rahimi naik dengan Fadhil. Depa tunggu aku kat Petronas Seberang Jaya. Kbp, Ngah dan Dikwan hantar aku ke sana, depa siap datang awal kat rumah. Aku baru nak packing barang time tu. Nasib baik tak tinggal apa-apa walaupun packing last minute. Masa sampai sana, dah peluk siap-siap dengan depa ni. Ngah siap wish sampai terharu aku dibuatnya. Tumpah juga air mata malam tu. Over kan? Ntah. Rasa macam mana ntah.

Sesampai di Petronas, depa dah ada dan kami terus bergerak. Sempat WeChat kat 3idoits dan Lastik 5 juga kat KP, saja bagitau aku dah gerak. Sampai di Bukit Gantang kot, Ghimang coursemate aku juga ada kat sana dengan wife dia. So konvoilah kami tiga buah kereta menuju Putrajaya. Dalam kereta, macam-macam perkara dibualkan, masing-masing nak update cerita. Terasa singkat perjalanan nih tup tup sampai Sungai Buloh. Kat sini, kami berhenti rehat dan bersembang, rasanya dalam sejam jugak kot. Seronok dengan depa nih, semua kaki merapu. Dalam pukul 6 pagi baru kami bergerak semula ke Shah Alam, tumpang rumah abang Zailan disebabkan homestay yang kami sewa hanya boleh check in pada 1.30 petang. Laha sangat!

Sampai ja rumah abang Zailan, solat Subuh dan terus zzzz. Semalaman aku tak tidur, teman Fadhil drive. Dalam pukul 11 pagi aku terjaga, Nana call bagitau dia dan Farin dah bertolak ke PICC. Aku kejut semua dan terus bersiap. Kami bergerak ke Putrajaya dalam 12 lebih tengahari dan terus menuju ke Presint 11 dulu, check in homestay. Dah settle check in, baru bergerak ke PICC. Tak jauh pun dari homestay ke PICC, dalam 15 minit ja. Jadi jauh kalau sesat. Hahaha.




Sampai ja PICC, Arif call tanya ada kat mana. Dia inform dia dah simpan satu seat untuk aku. Terharu. Masuk dalam dewan, ya ampun ramainya cikgu-cikgu yang akan konvo. Nak cari Arif pun satu hal, mana nak cari dia dalam lautan manusia ni. Aku call dia minta dia berdiri. Hahaha baru nampak. Tengok tengok kat situ ada Rahman dengan tolu gegirl sekali. Terus pung pang pung pang rancak bersembang, tak dengar dah taklimat konvo tuh.


 Selesai taklimat, kami kena pergi ke meja urusetia ipg masing-masing untuk ambil jubah. Time ni baru boleh jumpa dengan cohormates. Jumpa faiz, alias, kak elie, joe, semua lah. Tapi tak sempat nak sembang panjang pun, semua busy dengan urusan masing-masing. Dah siap ambil jubah, kami duduk melepak dekat situ juga, tunggu tolu lain. 

Saturday, June 1, 2013

Pre Convo IPGM 2013 part II

Tak tau nak mula cerita dari mana. Rasanya nak mula cerita perjalanan dari Penang ke Putajaya hinggalah sampai rumah balik dari konvo. So cerita tu mesti panjang, next entry inshaAllah. Sekarang layan gambar pre convo dulu.