Sunday, May 12, 2013

Resepi Mudah: Marie Cheese Cake

Apa khabar semua? Harap-harap sihat hendaknya. Hentikan bergaduh mengenai PRU 13 lepas. Nak tenteram hati, kita berdoa saja pada Allah Maha Berkuasa, sesungguhnya Dia lah yang berkuasa ke atas tiap tiap sesuatu. Doakan mudahan Allah tunjukkan siapa yang benar, siapa yang salah. Kalaupun bukan sekarang, sama-sama kita tunggu masanya akan datang jua. Mudahan Allah S.W.T ampunkan segala dosa kita. Amin. 


Hari ni Cieut Nizar nak kongsi resepi mudah untuk buat cheese cake dengan menggunakan biskut marie. Dijamin sedap? InshaAllah sebab aku sendiri tak rasa lagi. Buat ja siap dan letak dalam dalam peti sejuk. Esok pagi baru rasa. Tapi, detik hati aku cakap sedap! Siapa lagi nak puji kan?

Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah dan murah. Yeah, u know me wellkan. Semuanya nak murah ja, kita takda gaji lagi. :'(



Bahan A:
Sebungkus biskut Marie (tak kisah jenama apa, aku beli Munchys)
100 ml susu Fresh Milk dari Dutch Lady

Bahan B:
250 gram cream cheese (Tadurra or Kraft apa ntah panjang sangat nama dia)
10 ml susu Fresh Milk dari Dutch Lady
100 gram susu sejat (atau separuh cawan gula halus)

Cara-cara: 

1. Pukul cream cheese dan susu sejat (Bahan B) sama ada menggunakan mesin putar tu or nak pukul pakai tangan ja. Pukul agak-agak nak bagi kembang ja. Kalau malas nak amek mesin, nak basuh pemutar tu, pukul guna tangan ja. Aku pukul guna mesin sebab senang sikit.

2. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan pukul sampai sebati ja. Jangan kembang sangat. Anggaran pukul 15 ke 20 minit ja. Kalau nak masukkan susu lebih sikit pun takpa, asalkan adunan cheese tadi tak terlalu cair. Pandai la agak-agak sendiri noo. Dah siap, letak di sebelah dulu.

3. Panaskan susu (Bahan A) dengan mengunakan api sederhana. Jangan panaskan sampai mendidih susu tu. Agak dah panas susu tu, tutup api. 

4. Celupkan biskut marie dalam susu yang panas tadi dalam satu saat, kemudian terus susun dalam loyang. Selang seli biskut dengan adunan cheese yang kita pukul tadi tu (Bahan B). Senang ja, susun roti pastu ratakan cheese, susun roti lagi pastu ratakan cheese lagi sampai habis.

5. Hancurkan lebih kurang 5 keping biskut marie dan taburkan di permukaan cheese cake tu. Siap!

6. Simpan dalam peti sejuk minimum 4 jam, semalaman lagi baik.


Sangat mudah bukan? Anggaran harga bahan-bahan nak buat cheese cake ni dalam RM 20.00 ja. Paling penting, boleh makan dengan seisi keluarga. 

1 comment:

Hidayu Kamarudin said...

Thanks dik bagi resepi. Harinih nak cari bahan jugak lah nak buat kek cheese yg amat mudah itu. Hehee