Wednesday, May 1, 2013

Mee Udang Banjir Mak Jah Kuala Sepetang

Kesinambungan daripada entry Bukit Merah Waterpark April 2013.

Dah selesai semua, kami terus ke kereta untuk menuju ke Kuala Sepetang. Dari Bukit Merah ke Kuala Sepetang mengambil masa lebih kurang 45 minit. Dari lebuhraya Utara Selatan kita keluar di Exit Taiping (kena bayar RM 1.80 kalau dari tol Bukit Merah)

Aku pun bukannya tau jalan ke Kuala Sepetang nih. Main hentam sajalah. First and last pi masa aku dan classmates aku buat kajian di sana. Sem 4 tahun 2010 kot. Kalau dari tol tu takda signboard Kuala Sepetang yer abang kakak oii. Ikut signboard ke daerah Matang.

Sesudah sampai, lainnya kedai Mak Jah jika dibandingkan dengan tahun 2010 tu. Kedai makin besar, parking lot pun besar dan orang pun makin ramai. Grand dah kedai Mak Jah sekarang! Tak payah cerita panjang, dah sampai mestilah order mee udang banjir kan takkan nak melangut tengok orang ramai ja. Hahaha.


Boleh tengok senarai makanan dan harga di kedai Mak Jah ni. Buat belanjawan siap-siap.


Haaaa. Ni dia mee udang banjir. RM 11. Udang ada 7 ekor. Kuah pekat dan sedap. Cuma Mak Jah, if u read this tolong celur/basuh mee tu dulu please, rasa kapur mee tu kuat sangat. Mengganggu gugat keenakan mee udang ni. Please ya! Kuah dah sedap dah, udang pun fresh. :')


Tengok muka gelojoh kami. 

No comments: