Saturday, May 18, 2013

Hadiah Hari Guru

Assalamualaikum w.b.t

Hari Guru sudah berlalu. Tiada sambutan pada tahun ini, semuanya bersedih disebabkan masih belum dapat posting. Tolu wish kat WeChat, SELAMAT HARI GURU WALAUPUN... Sedih kan? Hahaha.

Apa pun, terpaksa menunggu perkhabaran posting ini. Positifkan saja, khabarnya inshaAllah bulan 7 nanti. Namun, aku tetap bergembira pada hari guru tahun ini disebabkan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran memberi hadiah istmewa buat aku.


Tanggal 16 Mei, abang posmen hantar surat SPP ini. Alhamdulillah aku lulus temuduga SPP yang diadakan pada bulan Februari lepas sekaligus menghilangkan debaran menanti keputusan temuduga ini. Sapa tak berdebar? Katanya jika gagal temuduga SPP ini maka tiada penempatan akan diberikan. Kemudian selepas tempoh 6 bulan baru boleh memohon semula di Jobs Malaysia.


Hilang debaran keputusan temuduga, datang pula debaran menanti di mana akan ditempatkan kelak. Ada saja kan. Tak perlu berdebar sangat lah, pegang saja konsep redha inshaAllah hati akan tenang. Terserah kepada ketetapan Allah S.W.T. Mudahan semuanya baik-baik belaka.

Terima kasih kawan atas doanya. Like i said before on previous entry, antara doa yang dimakbulkan ialah doa kepada sahabat tanpa sahabat itu mengetahui yang kita mendoakannya. Terima kasih dan sama-sama kita teruskan berdoa yang baik-baik.


Meraikan hari guru dengan sahabat dunia akhirat di Robina Station. 

No comments: