Wednesday, May 22, 2013

Bersama Adik Angkat

Sudah sedia maklum yang aku ni anak bongsu kan, jadi aku tak pernah rasa macam mana jadi abang. Boleh propa macam tu? Tak terangkat lah nak adik angkat segala. Sebenarnya suprisingly mak aku adopt anak angkat. Wah mak kiter dah macam Angelina Jolie dah kan? Hehehe. Mak aku jadikan kucing jiran sebelah sebagai anak angkat dia. 

Jiran sebelah (Chaq and Kak Nah) pelihara banyak kucing. Kekadang kucing-kucing ni pun mai melepak kat rumah aku dan yang paling serasi dan manja sekali dengan keluarga aku hanya dua ekor ni ja. Seekor nama Aman dan seekor lagi nama K-Pop. Grand tak? Dua ekor ni la selalu mai, main dengan anak menakan aku, minta makanan, minta dibelai hinggakan minta tidur sekali. Amboi demandnya! 

Mak aku pula tetapkan limitkan masa Aman dengan K-Pop ni lepak dalam rumah, boleh lepak sampai pukul 11 malam ja. Selebihnya depa kena tidur bawah rumah sebab mak aku tak suka nanti depa give her thier damn shit! Tudiaa mak kiter speaking. Cuma satu malam (bila entah) depa terlepas tidur malam dalam rumah. Paling penting, depa mai merengek meow meow nak tidur atas katil bujang aku. Sebagai abang, aku mengalah.


Ni masa aku solat Isyak, tetap nak lepak atas sejadah tu kan K-Pop?


Seekor kat kepala.


Seekor kat kaki.

Terbaik, tidur tak boleh gerak. Depan belakang depa conquer.

Im happy brother. Haha. :'(

No comments: