Monday, April 15, 2013

Suprise Birthday Party

Hari Jumaat lepas, geng hostel aku ni ajak buat suprise birthday party kat Najwa. Birthday dia dah lepas seminggu pun. Kiranya belated birthday la kan. Lepas solat Jumaat, aku segera bersiap dan terus menuju ke Pacific. 



Aku, Own, Hasman, Mak Lena, Che Nab dan Najwa ja yang join. Bila semua dah sampai, kami main bowling dulu. Dah lama tak main bowling. Rasanya setahun juga kot. Sebelum main semua risau untuk membuat balingan sama ada menuju ke pin atau masuk longkang. Haish minta simpang! LOL. Harga RM 6 per game dan RM 2 untuk kasut. Kami main satu lane ja, sengaja melambatkan masa. Keseluruhannya, Own tempat pertama (tak ingat jatuhan pin dia) dan CN (its me lor) tempat kedua dengan 115 (sahaja) jatuhan pin. Kalau tiap tiap minggu main, boleh la 150 ke 200 jatuhan pin nih. Hahaha



Dah habis main, barulah pergi mencari makanan.Kami bersetuju makan Pizza Hut. Mulanya, nak makan deals 50% discount tu tapi deal tu dah ditamatkan. Sedih! So alang-alang dah masuk, kami makan pizza yang baru tu, tak ingat nama apa ntah. Not bad la. Lepas order pizza baru Che Nab dengan Mak Lena pi beli kek dan masuk balik ke pizza dengan kek dan lilin lagi. Happy birthday Najwa!!! :')

p/s: Oh ya Che Nab nak pi semula ke Aussie for her graduation day. Dia siap offer nak kirim perfume or apa-apa tak. Hmmm macam nak perfume ja (katanya murah kannn), pastu nak juga baju I Love Aus. Perfect!

No comments: