Monday, April 22, 2013

Resepi mudah: Puding Ice Cream Oreo

Tudiahhh dah macam blog mak mak dah kongsi resepi. Hehehe. Nak share juga sebab memang sedap. Sangat sedap, berbaloi dan guna barang yang simple ja. 

Aku dapat resepi ni pun dari Facebook ja. Kak senior aku share resepi ni dari page Buku Resepi kot. Aku tengok barang-barang yang digunakan memang mudah. Bajet dalam 15 rgt ja.


So hari Jumaat (malam) aku pi Long Wan Kepala Batas untuk beli barang dan malam tu juga terus buat. Nak bawa bekal ke Bukit Merah (akan cerita soon). Setengah jam ja buat dah siap tapi ambil masa yang lama simpan dalam peti ais.


Bahan-bahan:

25 gram agar-agar bertali
1.25 liter air
1 tin susu cair
1 cawan gula
Sebiji telur
Sesudu teh esen vanilla
5-6 scoop ice cream vanilla or chocolate
Sebungkus oreo (dihancurkan)

Cara-cara:

1. Masukkan air dan agar agar dalam periuk dan masak atas api sederhana. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau hingga agar agar hancur dan sebati.
2. Blender ice cream, susu cair, telur dan esen vanilla. Dalam dua tiga kali putar ja.
3. Masukkan hasil blender ice cream semua tu ke dalam periuk agar-agar tadi. Kacau lagi hingga sebati. 
4. Hancurkan oreo dan masukkan ke dalam periuk agar-agar tadi juga. Kacau dalam seminit. Tutup api.
5. Sediakan loyang dan masukkan kesemua dalam periuk ke dalam loyang.
6. Biarkan pada suhu bilik dalam 30 minit dan selepas tu masukkan ke dalam peti sejuk. Sejukkan mininum 4 jam. Kalau biar semalaman lagi afdhal. Acewah!

Hidangkan dan makan! 

p/s: gambar yang dalam loyang tu, aku yang buat tapi tak sempat snap time potong kecil tu. Terus masukkan dalam bekas dan pi Bukit Merah.
2. Gambar puding oreo dipotong kecil tu daripada Buku Resepi.

1 comment:

NEKCIK said...

Salam kenal...nekcik da buat..mmg sedap...suka pasal sukat dgn cawan dan tambah lagi srcawan icecream..sedaap you.thanks for sharing