Wednesday, April 17, 2013

Percutian 3 Idiots dan BFF ke Batu Feringghi part II

Seperti yang dijanjikan (janji ditepati kan), CN bersiaran untuk sambung penggembaraan 3 Idiots di Pulau Mutiara.

Pada hari Jumaat (baca: dua minggu lepas) tepat jam 12.45 tengah hari, Farin, Nana, Tirah menaiki kereta PEP yang dipandu oleh Fadhil sampai di Masjid Seberang Jaya. Aku dah lama menanti di sana (aku parking moto kat masjid ni, rasa secure sikit inshaAllah Allah jaga :') ) 

Dah jumpa baru bincang, aku dengan Fadhil nak solat Jumaat sini ja or kat pulau. Tapi risaukan jalan sesak dan boleh terlepas solat, kami solat sini ja. Gila kau feeling nak jamaq qasar? Ingat Kulim dengan Penaga ke Batu Feringghi tu melebihi dua marhalah? So, tinggalkan Farin, Nana dan Tirah kat Sunway, kami pi solat.


After solat, here we go! Tapi punyalah lama tunggu depa ni kat Sunway, rupanya Nana beli handphone baru. Tudiaa bau kedai!!! Memandangkan semua dah lapar, kami menuju ke Padang Kota Lama untuk menikmati Mee Goreng Sotong dan Coconut Shake. Walaupun dulu study sini 5 1/2 tahun, that was their first time! Dulu penah bawa Nana, Farin dan Naz tapi time tu kami ada bekal, so depa tak merasa mee time tu. Alhamdulillah, depa puas dan puji sedap. 



Dah kenyang, atas permintaan Nana dengan Farin, depa nak pi Penang Street Art. Aku yang orang Penang ni pun tak tau kat mana benda alah tu. Anyway thanks to Google and GPRS. Actually, dekat-dekat ja street art ni. Kami parking keta then jalan kaki ja dari satu street ke satu street then baru sedar rasanya kami jalan kaki ni dah macam dari jeti ke komtar. Jauh jugak haaa sampai masuk celah jeti chinese mana entah. Hahaha. Ramai pelancong yang snap gambar, kami pun tak kalah tetap berebut nak snap gambar juga!!! 





Dah nak dekat Maghrib baru settle berjalan di semua street art dan snap gambar. Then Fini call minta jumpa kat mana-mana sebab dia dengan Ard (her bf) mai asing dan lewat sikit. Kami jumpa depa di Shell mana entah then terus ke Batu Feringghi, baru nak check in!



Dah sampai Batu Feringghi baru lah nak cari hotel. Masa otw tu baru google hotel bajet. Mulanya pi cari guesthouse area Miami Beach, 80 ringgit per nite, boleh la tapi bila kak tu cakap toilet kat luar terus kami cancel. Susahkan gegirls ni nak jaga batas aurat depa. Kalau best kat situ sebab memang berhadapan dengan pantai. Kami cari lagi pastu terjumpalah Victor's Guesthouse kot, in front of The Ship. Rate 75 ringgit per nite. Ok lah, bilik pun besar. Kami check in dua bilik, lelaki dan perempuan.

p/s: penatlah, sambung part III boleh? Hehehe


No comments: