Saturday, April 13, 2013

Percutian 3 Idiots dan BFF ke Batu Feringghi part I

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Minggu lepas, Nana dan Farin datang ke Penang untuk penilaian khas. Tapi depa ni bukan nak p.k sangat, lebih kepada percutian singkat, ringkas dan padat. Sebelum tu, kami sibuk plan di whatsapp dan depa minta aku sediakan tentatif program. 

Paling lawak sekali, malam sebelum depa mai sini, Farin whatsapp 'nizar, nak kena bawa kasut sukan tak? hang nak bawa kami pi hiking tak?' Serius aku gelak terbahak-bahak. Ini semua gila!!! Tolu memang macam ni, kepala ting tong! Memang bersungguh depa ni nak bercuti, jalan-jalan mentolu. Haha

Nana sampai sini, Naz pi amek Nana pastu terus lepak Sunway. Aku terus ke Sunway, jumpa kat sana ja. Saja lepak sini sebab nak tunggu Farin. Dia bertolak lewat sikit. Sementara tunggu dia, kami tumpang wifi Noodle Station. Dah lenguh duduk bertenggek kat luar, kami bercadang nak order je air kat Noodle Station tu. Dah waiter hantar menu, belek-belek, pastu fikirkan semula baik lepak kat mamak ja. Ada juga wifi. Dengan muka tebal, kami keluar dari Noodle Station tu. Waiter situ tengok pelik ja!!! Mesti sumpah seranah dalam hati. Malunya weiiiii!!! Hahaha.



Oh sebelum tu, Nana sampai ja sini terus makan nasi kandar makbul. Hahaha. Ketagih sebab nasi kandar KL tak sama macam Penang. Farin pun sama! Kami lepak mamak ja sampai Farin dengan Fadhil sampai. (mestilah kekasih jemput buah hati kesayangan). Just sempat say hi macam tu ja, Nana kena naik dengan Fadhil sebab nak amek Tirah pula kat jeti dan depa terus gerak ke Kulim (umah Fini). Depa tumpang umah Fini.

Hari Khamis tu depa ada p.k tu kat Bayview Hotel. Fadhil tolong hantarkan. Dalam kul 1.00 petang, Nana mesej ajak jumpa kat pulau nun. Kena gigih lagi pi sana! Nasib baik belum siap lagi, Nana mesej cakap jumpa malam ni ja sebab depa dah lalok (tido lambat, bangun awal katanya)



So malam tu, kami ke Bandar Perda nikmati bawal goreng panas Wan Zai. Sambil makan tu, kami bincang untuk percutian esok! Time ni la baru sempat nak bersembang panjang dan update cerita masing-masing. Dah abeh makan terus drift ke GSC Sunway tengok GI Joe. Aku tengok ni kali kedua. 

Esoknya baru bermula percutian ke Batu Feringghi...

1 comment:

Naim Iman said...

tajuk dgn isi x sama.sedihhh.haha