Friday, April 19, 2013

Percutian 3 Idiots dan BFF ke Batu Feringghi part III

Lepas check in, kami rehat, mandi dan solat. Lebih kurang sejam lebih, baru lah keluar ke destinasi makan malam. Masa keluar tu, nampak meriah lah guesthouse kami ni, ye la terletak bertentangan dengan Night Market. Ramai orang juga, malam hujung minggu kan. Kami tak pi pun Night Market ni.

Dalam kereta, Fadhil tanya nak makan kat mana? Aku cadangkan pi makan kat Teluk Tempoyak. Memang aku berhajat nak bawa idiots pi sana. Semua setuju ja. Almost sejam juga dari Batu Feringghi ke Teluk Tempoyak. Memang gigih la, semata-mata nak makan malam ja ni. Hahaha.

Otw tu depa tanya, jauh lagi ka? Sedap ka makan kat sana? To be honest, aku pun tak tau sangat jalan ke sana even rasa pun tak tau sedap ke tak. Hanya pernah baca review kat internet ja. Depa cakap tak sedap depa nak laha aku! Hahahaha. Takot kita!!!


Hampir jam 11 malam baru sampai sana.  Ramai lagi orang kat kedai ni. Aku cakap kat depa, ramai orang ni confirm sedap. Hahaha. Kat kedai sini, semuanya self service yer. Pi order makanan dan minuman sendiri. Jangan tunggu kat meja naa. Kami pilih Ikan Siakap dan Ikan Bawal. 


Fuhhhh minta-minta sedap! Alhamdulillah memang sedap. Depa semua puji sedap. Sambal sedap, ikan pun fresh! Syukur tak kena laha!!! Total 7 orang kami makan hanya RM 65.00. Memang awesome lah kedai ni. So, kalau nak makan ikan bakar, go and find at Teluk Tempoyak naa. You gonna love it!!!

Lepas makan, kami pi lepak Queensbay sat. Saja nak tengok suasana sana ja. Duduk dalam setengah jam then kami balik ke Batu Feringghi. Mengantuk dah aikh. Dah sampai bilik, hujan lebat pula. Hmmm tidoq tak hengat lah!


Dipendekkan cerita untuk keesokannya, kami singgah Plaza Gurney kononnya nak lunch situ. Last minute ubah pula, kami makan di Restoren Nelayan Hujung Batu, Butterworth. Sebelum lunch, Nana dan Farin beli tiket kat jeti dulu. Tirah terus balik tanpa sempat lunch sebab bas dia dah sedia menanti. 

Lepas makan, pi Carrefour sat pastu depa hantar aku ke Masjid Seberang Jaya. Kemudian Fadhil hantar Nana, Farin ke Butterworth. Selesai percutian ringkas ni.

Alhamdulillah terubat rindu dengan idiots ni dan juga tolu. InshaAllah plan lain menyusul semasa konvo dan selepas konvo. Tak sabar nak jumpa semua tolu masa konvo nanti. Lagi sebulan ja. :')


Crazy friends + Good times = Amazing memories. Indeed.

No comments: