Saturday, April 27, 2013

Bukit Merah Waterpark April 2013

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca. 

Lambat benar nak update cerita ni. Weekdays memang busy dengan tuisyen, dengan bussiness lagi, dengan nak berkempen untuk ubah sikap masyarakat *acewah*. Hanya dapat luangkan masa pada blog ni di hujung minggu saja.


Pada hari Sabtu lepas, aku dan high school mates yang juga geng hostel ke Bukit Merah Waterpark. Rancangan kami besar sebelumnya, namun terdapat masalah dan mungkin ditunda hingga November ke Disember 2013. Aku, Alia, Najwa, Toi dan Hasman bertolak ke sana pada jam 10.30 pagi. Hasman pi sendiri naik moto besar.



Lebih kurang sejam perjalanan, kami sampai di Tol Bukit Merah. Sebelum masuk ke waterpark, baik makan kenyang dulu. Kami singgah di kedai makan berdekatan dengan tol ni. Perut pun dah kenyang, kami terus ke Bukit Merah Resort, tak sabar nak lakukan cabaran ekstrem.



1. Tiket 

Dah siap parking kereta (bersebelahan parking kereta artis yang buat konsert malam hari tersebut), kami terus menuju ke bahagian waterpark untuk beli tiket. Alangkah terkejutnya apabila ditanya harga tiket kini RM 43 (combo waterpark dan eco park). No more tiket waterpark saja. Choy! Nasib baik akak tu baik, dia suruh beli tiket dekat depan pintu masuk resort katanya kat sana buat offer hanya RM 30 sahaja untuk combo waterpark dan eco park) namun tiket ni terhad. Konep siapa cepat, dia dapat. Kalau kau lambat merasa tiket mahal RM 13. Hahaha. RM 13 tu dah boleh makan sepinggan mee udang banjir Mak Jah Kuala Sepetang laha! Alhamdulillah kami sempat beli tiket murah tu. :')

2. Sewa pelampong dan locker

Dah kami masuk ke dalam waterpark, mestilah kena sewa locker untuk simpan barang-barang penting memandangkan kami semua nak mandi manda. Sapa nak jaga barang kan? Lain lah kalau mai dengan family, mungkin ada yang tak mau mandi manda, boleh lah orang tu tolong jaga barang. Kami share sewa satu locker.

Sewa locker: RM 20 (RM 10 deposit)

Bagi pelampong pula, kami fikir cara kreatif dan kritis agar kami tidak perlu sewa directly dari management. As for me, it is too expensive. RM 20 (RM 5 for deposit) which means RM 15 untuk satu pelampong. Hehe try la fikir dulu nak buat
macam mana, aku tak boleh share kat sini, kang kena saman pula. Hahaha. Bukannya mencuri pelampong orang lain but you must deal with others.


3. Permainan

Exactly sama ja macam dulu rasanya last time aku mai sini masa darjah 4 kot. Tak banyak berubah. Ada ombak, ada Giant Ballon, ada Body Slide, ada pelampong slide, ada Boomerang and ada laluan kolam. We had so much fun here. Mengalahkan budak sekolah. Aku ni punyalah seronok naik body slide tu, ulang alik naik turun then terkejut ada orang panggil CIKGUUUUU! Haiyooo ada juga anak murid terlepas mai sini. Cepat cepat cover kesronokan dengan lagak cool. Hahaha

Tips for permainan: Untuk naik body slide and gian ballon, for man dilarang memakai seluar panjang dan seluar yang berzip di belakang. Seluar tiga suku (bawah lutut untuk cover aurat) boleh! Pastu kalau nak naik body slide kena buka baju kecuali kalau pakai swimming suit.

For woman, kalau nak naik body slide memang wajib pakai swimming suit sahaja.Kalau tak pakai swimming suit memang tak boleh main body slide. Kena naik pelampong slide tu je lah.

Memang best dan berbaloi. Body slide yang straight tu sangat awesome! First time main tu aku tutup mata, kalau buka mata for sure menjerit punya. Naik dua tiga kali, dah ok. Biasa ja pun. Hehehe.

Boomerang memang wajib naik! Kalau tak naik rugi gilaaaa! Tapi ramai tak naik, takut le tewwwww. Hahaha. Aku dengan Alia ja yang naik boomerang ni. Hasman penakut! Hahaha

Kami stay main, terapung atas pelampong, naik pelampong slide, pastu aku ulang naik body slide tu sampai jam 4.30 petang. Pi salin baju, ambil deposit locker terus ke destinasi kedua. Kuala Sepetang everybody!

Will update soon. Stay tuned. :') o

No comments: