Thursday, March 21, 2013

Mendidik dari hati


Amarah dan Maki Hamun

'Hey! Diam! Diam! Kelas diam!!!!'

Kenapa ada yang jawab salah? Tadi cikgu terang mesti tak dengar, tak pun main'

'Ni kenapa dungu sangat? Soalan mudah ni pun salah.'

'Haa dok main lagi, bukan nak dengar penerangan cikgu, sebab tu jadi bodoh macam tu'

(kata-kata yang dilontarkan negatif, negatif dan negatif)


Tenang dan Pujian

'Baiklah, siapa nak jadi pandai dengar cikgu nak cakap ni...'

'Siapa nak jadi anak murid cikgu yang baik, dia mesti duduk senyap dan siapkan kerja'

'Siapa yang betul semua latihan tadi? Ya bagus. Inilah anak murid cikgu yang paling bijak.'

'Siapa yang banyak salah, tak pa teruskan usaha. Cikgu doakan nanti kamu pun boleh jadi anak murid cikgu yang paling bijak.'

(kata-kata yang diucapkan positif, positif dan positif)


Bagaimana kita (terutamanya guru/ibu bapa) mahu membentuk sahsiah anak-anak yang positif sedangkan kita turut memberi contoh atau menutur kata-kata negatif? 

Ya, kadang kala kita tidak sedar tutur kata kita penuh dengan negativiti namun kita mengharapkan positiviti dari mereka. Adilkah begitu?

Hormat dan takut. Berbeza. 

(perlu juga marah jika keadaan tidak lagi terkawal namun berpada-pada dan jaga kata-kata)

inshaAllah kata-kata yang positif dapat membentuk sahsiah yang positif. mari berusaha untuk mempraktikkan yang positif.

Saturday, March 2, 2013

Homemade

Sejak bosan tak tahu nak buat apa, aku google resepi-resepi yang rasanya mudah untuk dimasak. Dah macam mak-mak surirumah lagaknya. Saja nak asah bakat memasak. Kebanyakan resepi yang aku pilih hanyalah resepi yang mudah dan tak guna banyak barang. Mana ada duit nak beli barang-barang masakan tuh.



1. Puding Caramel Gula Hangus Homemade

Senang sangat nak buat. Hanya guna telur, susu manis dan sedikit esen vanilla juga gula. Dah boleh buat dessert yang enak. Puding caramel yang aku buat ni rasa telur sikit dan pembacaan yang aku buat jika rasa telur tu disebabkan overcooked. Oh my bad. Percubaan pertama kan. Tapi still boleh makan dan sedap cuma hujung hujung tu rasa telur sikit.


2. Kek Batik Homemade

Resepi ni pun mudah ja. Perlukan biskut marie, buttercup, milo, sus manis. Dah boleh buat cake. Awesomenya, raya nanti nak jamu ni ja kat tetamu. Simple yet delicious. Rasa kerangupan biskut marie ditambah dengan 'chewy' dari mentega, milo dan susu manis serta ditabur pula coklat Cadbury di atas permukaan kek. Oh memang yummy.



3. Dadih Homemade

Dadih pun mudah. Serbuk agar-agar, susu segar, gula dan sedikit tepung jagung. Nikmatnya makan time panas dan lagi untung kalau boleh dijual di kedai makan atau pasar malam. Dadih aku buat ni pun menjadi juga dan nanti aku nak buat dadih strawberry dan jagung dengan sedikit lagi penambahbaikan. Nak edit resepi yang aku guna ni. Lepas tu boleh jadi tokey dadih!!! (will come with special entry)

Setakat itu sahaja. Hari ni buat puding roti tapi tak sempat nak snap anak menakan aku dah berebut makan. Jangan risau, akan buat lagi. Seterusnya, Baked Fries. 

p/s: resepi puding caramel, puding roti dan kek batik aku ambil dari blog Kak Nani Rostam. Thanks kak. Memang menjadi. Luv u lah *tibahhhh*