Tuesday, February 26, 2013

Perjumpaan Semula: Pulau Sayak


Susulan daripada reunion dinner kat hotel tu, kami teruskan dengan agenda perjumpaan semula ke Pulau Sayak pula untuk menikmati mee udang segar. Pada mulanya, kami masih keliru sama ada nak adakan di Pulau Sayak atau di Pulau Aman. Namun apabila difikirkan kesedapan mee udang, kami pilih Pulau Sayak tanpa ragu-ragu. Ikutkan rancangan juga, ramai yang akan turut serta namun terpaksa dibatalkan pada saat akhir atas alasan yang munasabah. (apakah perbezaan munasabah dan muhasabah?)


Jadi hanya kami berenam saja yang berjumpa semula. Aku, Hasman, Che Nab, Najwa, Wana dan Along. Bergerak ke Pulau Sayak pun dah jam 4.30 petang, tiba di sana terus order. Ramai orang, biasalah hujung minggu. Sebelum makanan sampai, berbicara mengenai kenangan di asrama. Seronok imbas kembali kenangan lalu. 

Hangpa ingat dak pertandingan masak asrama dulu. Gigih kan kita kena berjalan kaki pi pasar beli bahan masak.

Mestilah ingat. Bilik aku gabung dengan bilik aspura tu kami dapat nombor satu kot. Masak itu ini bla bla bla.

Haha masak kat kelas belakang asrama tu, pastu hias makanan semua, kena hidang pula kat dewan makan. Warden mai rasa, bagi markah.

...disusuli dengan banyak lagi kenangan...


Maka, program ini yang dinamakan Sepetang Bersama Mengimbau Kenangan telah mencapai objektifnya. Selesai di Pulau Sayak, kami ke Pantai Merdeka untuk solat asar dan nikmati juadah seterusnya, rojak dan ais kacang. Che Nab pulun dua-dua sekali. Faham sebab lama tak dapat kan. 


Kami pun rancang untuk adakan Sepetang Bersama Mengimbau Kenangan part II dan mungkin diolah kepada Sehari Bersama Mengimbau Kenangan disebabkan aktiviti seharian yang padat dengan makanan. Antara yang dirancang iaitu bermula pada tengah hari makan rojak tonggek di Pantai Road, seterusnya ke Padang Kota untuk makan mee goreng sotong dan coconut shake mungkin juga pasembor dan malam pula terus ke Teluk Tempoyak untuk nikmati ikan bakar. Oh awesome! Bila? This coming Saturday inshaAllah.

Nak gemuk? Jom sertai kami. :')

No comments: