Saturday, February 2, 2013

Guru Tuisyen

Ramai saudara, kawan tanya aku buat apa sekarang untuk sara hidup. Ada yang tanya, kerja jual kasut sekolah lagi ka? Tau tak aku jawab apa? Mestilah tak tau kan? LOL. Aku jawab HAAA MESTI TAK BACA BLOG CIEUTNIZAR KAN? Hahahahaha. Ingat orang nak hadap blog ni ka? Sedihhhh! Dak aikh, tak berani nak jawab macam tu. Takut kita nak promosi. :'(

Bagi yang tak tahu dan nak tahu, syukur alhamdulillah lepas berhenti jual kasut sekolah hujung bulan 12, aku rest dalam 2 minggu kat rumah. Menanti perkhabaran posting kononnya. Dah bosan rest dok rumah tak buat menda, aku pun carilah peluang pekerjaan lain. Minta cikgu ganti, PPD tak panggil pun. Sedih kan? Aku redha, percaya rezeki Allah itu luas.


Alhamdulillah, lepas itu aku dapat peluang jadi guru tuisyen. Bukan satu tempat tapi tiga tempat. Inilah hikmah tak dapat guru ganti. Acewah nak sedapkan hati. Di Bertam Perdana tu, Md Fakh tolong adjust, kena ajar BI. Then lepas dia dapat interim di SJKC dia minta aku ganti dia ajar BM. So sekarang aku ajar dua subjek ni. Murid-murid dari darjah 3, 4, 5 & 6. So far memang aku jadi guru tetap la kat tuisyen ni. Jadual dari Isnin sampai Rabu 8-10 malam. :')

Di Sungai Petani pun sama, aku ganti tempat Md Fakh juga. Ajar BM darjah 6. Tapi 2 minggu ja sempat ajar sebab kak tu dah dapat guru tuisyen tetap. Dia pun tau tak lama lagi mesti aku pun cabut juga kan. Letih juga berulang alik ke SP ni. Kelas elit 8.30 - 10.30 pagi, pastu aku balik rumah then pukul 3.00 - 4.30 petang kena pi sana balik. Gigih sangat kan?



Satu lagi pusat tuisyen di Kepala Batas. Yang ni pun sama, aku bukannya guru tetap tapi hanya ganti cikgu-cikgu yang tak boleh hadir. Mula-mula aku contact guru pembimbing aku masa praktikum di SK Kg Selamat. Kiranya dia juga yang tolong adjust. Alhamdulillah, minggu lepas direct dari Selasa sampai Khamis petang aku pi ganti. Bayaran pun lumayan. Alhamdulillah.

Bila dah buat tuisyen memang aku bersyukur. Kerja pun tak stress. Cuma make sure bagi murid dapat something sebelum depa balik. InshaAllah aku cuba buat yang terbaik. Gaji? Semuanya ok ja, lepaslah duit nak pi makan-makan, jalan-jalan, shopping-shopping dan saving. :)

Nikmat mana mahu ku dustakan.

1 comment:

Anonymous said...

salam cieut Nizar..wow best pe jadi cekgu tuisyen..teringin nak mengajar budak2 jugak tapi biasa la tak jumpa iklan cikgu tuisyen kat internet ni...kalau ada terdengar mana2 tuisyen nak pakai cikgu area sungai petani bagitau eh..tenks =)
emel : minim_krocert@yahoo.com or 019-3274729