Tuesday, February 26, 2013

Perjumpaan Semula: Pulau Sayak


Susulan daripada reunion dinner kat hotel tu, kami teruskan dengan agenda perjumpaan semula ke Pulau Sayak pula untuk menikmati mee udang segar. Pada mulanya, kami masih keliru sama ada nak adakan di Pulau Sayak atau di Pulau Aman. Namun apabila difikirkan kesedapan mee udang, kami pilih Pulau Sayak tanpa ragu-ragu. Ikutkan rancangan juga, ramai yang akan turut serta namun terpaksa dibatalkan pada saat akhir atas alasan yang munasabah. (apakah perbezaan munasabah dan muhasabah?)


Jadi hanya kami berenam saja yang berjumpa semula. Aku, Hasman, Che Nab, Najwa, Wana dan Along. Bergerak ke Pulau Sayak pun dah jam 4.30 petang, tiba di sana terus order. Ramai orang, biasalah hujung minggu. Sebelum makanan sampai, berbicara mengenai kenangan di asrama. Seronok imbas kembali kenangan lalu. 

Hangpa ingat dak pertandingan masak asrama dulu. Gigih kan kita kena berjalan kaki pi pasar beli bahan masak.

Mestilah ingat. Bilik aku gabung dengan bilik aspura tu kami dapat nombor satu kot. Masak itu ini bla bla bla.

Haha masak kat kelas belakang asrama tu, pastu hias makanan semua, kena hidang pula kat dewan makan. Warden mai rasa, bagi markah.

...disusuli dengan banyak lagi kenangan...


Maka, program ini yang dinamakan Sepetang Bersama Mengimbau Kenangan telah mencapai objektifnya. Selesai di Pulau Sayak, kami ke Pantai Merdeka untuk solat asar dan nikmati juadah seterusnya, rojak dan ais kacang. Che Nab pulun dua-dua sekali. Faham sebab lama tak dapat kan. 


Kami pun rancang untuk adakan Sepetang Bersama Mengimbau Kenangan part II dan mungkin diolah kepada Sehari Bersama Mengimbau Kenangan disebabkan aktiviti seharian yang padat dengan makanan. Antara yang dirancang iaitu bermula pada tengah hari makan rojak tonggek di Pantai Road, seterusnya ke Padang Kota untuk makan mee goreng sotong dan coconut shake mungkin juga pasembor dan malam pula terus ke Teluk Tempoyak untuk nikmati ikan bakar. Oh awesome! Bila? This coming Saturday inshaAllah.

Nak gemuk? Jom sertai kami. :')

Saturday, February 9, 2013

Perjumpaan Semula









Lokasi: Hotel 4 bintang di Penang.

Menu: Tak tertulis rasanya. Kerabu mangga, ayam kicap, kerabu nanas dengan udang, popia isi ikan, sup labu isi ketam, nasi goreng dibalut dengan daun teratai, ayam masak stew, sayur brokoli, siakap masak stim, udang galah goreng rangup, tembikai susu dengan sago. Thumbs up!

Peserta: Kawan-kawan sampai mati yang kebetulan free. Hasman, Own, Wan Lah, Wan Panjang, Wana, Najwa, Mira Lyana, Codah, Farhana dan Che Nab yang dah abes study di Australia. Gigih Nab nak join juga siap bawa buah tangan dari Aussie. Nab tak pernah lupa nak bawa something. Hewhew. Semua geng hostel Dato' Onn Butterworth. :')

p/s: dinner untuk event lain, tapi kami pi macam event re-union kami ja. hahaha. minta maaf ya penganjur. 

Saturday, February 2, 2013

Guru Tuisyen

Ramai saudara, kawan tanya aku buat apa sekarang untuk sara hidup. Ada yang tanya, kerja jual kasut sekolah lagi ka? Tau tak aku jawab apa? Mestilah tak tau kan? LOL. Aku jawab HAAA MESTI TAK BACA BLOG CIEUTNIZAR KAN? Hahahahaha. Ingat orang nak hadap blog ni ka? Sedihhhh! Dak aikh, tak berani nak jawab macam tu. Takut kita nak promosi. :'(

Bagi yang tak tahu dan nak tahu, syukur alhamdulillah lepas berhenti jual kasut sekolah hujung bulan 12, aku rest dalam 2 minggu kat rumah. Menanti perkhabaran posting kononnya. Dah bosan rest dok rumah tak buat menda, aku pun carilah peluang pekerjaan lain. Minta cikgu ganti, PPD tak panggil pun. Sedih kan? Aku redha, percaya rezeki Allah itu luas.


Alhamdulillah, lepas itu aku dapat peluang jadi guru tuisyen. Bukan satu tempat tapi tiga tempat. Inilah hikmah tak dapat guru ganti. Acewah nak sedapkan hati. Di Bertam Perdana tu, Md Fakh tolong adjust, kena ajar BI. Then lepas dia dapat interim di SJKC dia minta aku ganti dia ajar BM. So sekarang aku ajar dua subjek ni. Murid-murid dari darjah 3, 4, 5 & 6. So far memang aku jadi guru tetap la kat tuisyen ni. Jadual dari Isnin sampai Rabu 8-10 malam. :')

Di Sungai Petani pun sama, aku ganti tempat Md Fakh juga. Ajar BM darjah 6. Tapi 2 minggu ja sempat ajar sebab kak tu dah dapat guru tuisyen tetap. Dia pun tau tak lama lagi mesti aku pun cabut juga kan. Letih juga berulang alik ke SP ni. Kelas elit 8.30 - 10.30 pagi, pastu aku balik rumah then pukul 3.00 - 4.30 petang kena pi sana balik. Gigih sangat kan?



Satu lagi pusat tuisyen di Kepala Batas. Yang ni pun sama, aku bukannya guru tetap tapi hanya ganti cikgu-cikgu yang tak boleh hadir. Mula-mula aku contact guru pembimbing aku masa praktikum di SK Kg Selamat. Kiranya dia juga yang tolong adjust. Alhamdulillah, minggu lepas direct dari Selasa sampai Khamis petang aku pi ganti. Bayaran pun lumayan. Alhamdulillah.

Bila dah buat tuisyen memang aku bersyukur. Kerja pun tak stress. Cuma make sure bagi murid dapat something sebelum depa balik. InshaAllah aku cuba buat yang terbaik. Gaji? Semuanya ok ja, lepaslah duit nak pi makan-makan, jalan-jalan, shopping-shopping dan saving. :)

Nikmat mana mahu ku dustakan.