Saturday, January 19, 2013

Reward Yourself

Aku selalu bagi hadiah untuk diri sendiri. Loser and very forever alone kan? Huhuhu. Nak buat macam mana, tak dak sapa pun nak bagi hadiah. Nak harapkan awek, yang hado aweknya. Rasa macam mana la kan kalau orang bagi hadiah kat kita? Mesri 'OMG omaigadd what is this? This is super awesome. You gotta be kidding me,' sambil nangis terharu. Melonjak keriangan! Sedangkan dalam hati carut takdak hadiah lain ka hang nak bagi. So cliche. Frame gambar. Ingatkan Chanel No 5. Haha matilaakau!

So memandangkan no one nak bagi gift kat aku, haish lawak ja tau. Aku hargai semua pemberian hadiah daripada sesiapapun. Hadiah dari anak murid aku pun still tak buka lagi even dari Praktikum Fasa 1 (2 tahun lepas). Rasa sayang nak buka. Tersimpan elok dalam almari, masih dalam pembalut hadiah. Hewhew. So memandangkan no one nak bagi gift kat aku (ulang semula), aku selalu bagi hadiah untuk diri sendiri. Yeayyy i got a gift from the most baik hati person in the world, Cieut Nizar. Ting tong!!!

Banyak dah hadiah yang aku beli dan tiap satu barang/hadiah tu akan memberikan satu peristiwa/kejayaan or anything yang rasanya something special for me. Contohnya, baju Hard Rock Cafe Dublin tu aku beli as a reward atas penat lelah buat part time job bulan 11 2011. Baju Hard Rock Hotel Penang, sandal Hush Puppies atas keringat part time job bulan 12 2011. Sandal Larrie atas kejayaan internship. Jam Swatch atas kejayaan praktikum fasa iii. Kasut Adidas, kasut Bata atas kejayaan praktikum fasa ii. And so on.

Actually, barang yang aku beli pun bukannya mahal mana, just something yang aku rasa aku nak dan boleh dijadikan kenangan. Barulah diri ni rasa bermotivasi dan bersemangat sebab dapat hadiah. Itu yang lebih penting! It is for youself, not for others. Bagi diri rasa dihargai. Appreciate yourself first if you want others appreciate you! Tibahh bersemangat pakar motivasi!!

Hadiah untuk diri sendiri atas kejayaan jualan kasut sekolah terlaris tahun 2012. Hewhewhew.



GAP t-shirt and perfume. *malu la nak tunjuk sebab tak dapat la nak beli EPAL HIJAU tu. Huhuhuhu*

Thats all. Thank you for reading this.

No comments: