Friday, January 4, 2013

Nikmatnya Cuti The End

Dah sampai di penghujungnya, the end. Ye la, dari Selasa lepas dah mula pegang title penganggur terhormat. Bermula dari hari Selasa tu la rindu suasana kelam kabut bersiap nak pi kerja, rindu sembang dengan Kak Pah, Kak Diana, Kak Zah, Mira, Muhsin, Syira, Aida, Jes, Kak Yan, Kak Ros dan semua lah. Sangat rindu dengan suasana tu tapi nak kerja rasa letih. Teringat hari Isnin lepas, last day kerja, Mira buat bihun goreng. Boleh kami berkelah kat tempat fair tu. Aku, Kak Pah dan Kak Zah makan dalam stor. Lepas tu, Aida pula baru balik Langkawi jamu kami dengan coklat Kisses, Daim dan Apollo Roka. Dah macam kenduri kat fair Back To School tu. Manisnya kenangan nih! :-)

Then malam Isnin tu juga (malam New Year) Nana cakap aku sombong sebab Whatsapp, Twitter semua tak reply. Busy kerja katanya. Hewhew. Nasib baik dia cakap masa dah berhenti kerja. So la ni, memang kerja Whatsapp ja dengan dia dengan Farin. Kami geng 3 Idiots. Masing-masing takda kerja, memang melangut je la kat rumah. Tengok drama apa pun update, makan apa pun update kat Whatsapp tu. Ni pun kes rindu. Kalau tidak, dari 2 Januari lepas kami dah bersembang panjang kat kelas. Rindunya zaman kuliah. Sobs sobs.

Nak kerja mana pun tak tau lagi lepas nih. Masih menunggu jawapan dari PPD Utara. Kalau ada rezeki, ada lah. Percaya dan yakin rezeki itu datang dari Allah. Kalau tak dapat juga, nak cari kerja area Kepala Batas, dekat sikit. Kerja kat stesen minyak pun takpa, janji kerja senang. Hehehe.

Posting? Ahhhhhh lagi malas nak cerita. Till time do its part. Huhuhu

Nikmatnya cuti? Tamat.

Sent from My Samsung Galaxy Tab

No comments: