Thursday, January 10, 2013

Dave's Deli Queensbay Mall



Tudiahhhh! Ni nak habaq mai nih lepas nih kalau teringin nak makan roasted chicken, hangpa buat la sendiri. Guna ja pemanggang ajaib. Senang kan guna pemanggang ajaib, tak payah nak bakaq sabut/arang, dengan bau asap semua tu. Letak ja pemanggang ajaib atas dapur ehhh dah boleh panggang dah ayam/daging/ikan aku nih. Awesome kan!

Tapi kan lagi satu, kalau hangpa malas nak masak juga, ye la hangpa pun bukannya rajin nak perap ayam semalaman, pastu nak tunggu panggang ayam tu lagi apa kata hangpa drive kereta ke Queensbay dan cari Dave's Deli. Wahhh mudahnyaaaaaaaaaaa! *teruja*

Kalau hangpa buat macam nih, hangpa memang urban habis walaupun duduk di Paya Keladi Hujung atau Jarak Atas. Dengarkan nama kampung yang hujung hujung, atas atas tu orang dah boleh bayang betapa hulunya rumah hangpa. 

Hahahaha.

Back to our main issue please.

Kenapa di Dave's Deli?



Kesah lah aku nak jawab soalan tuh! *tetiba PMS* Hahaha. Bagi aku, sedap sungguh roasted chicken dia, lagi sedap dari yang lagi satu tu. Alaa yang less itu less ini tu. Sangat yummylicious. Sangat berbaloi dengan harganya yang murah RM 17.90 kalau tak salah. Original gravy pun dah sedap. Coleslaw pun sedap. Mashed potato pun sedap. Aha tiga kesedapan yang memberikan satu rasa yang tidak terungkap ketika makanan ini dikunyah secara perlahan hinggakan otak akan memberi tindak balas spontan dengan cara mengangguk-anggukkan kepala sambil di dalam hati meluahkan kata-kata azimat: nikmat mana mahu ku dustakan. Sungguh abang jujur dik! Hahahaha

Sudah la murah dan sedap pastu tiada cukai dan caj servis dikenakan. Oh sekali lagi: nikmat mana mahu ku dustakan. Ye la kekadang harga makanan kita murah ja tapi bila dikira dengan cukai dan servis terus jadi mahal. Terus sentap rasa macam tak mau bayar ja! Dah la servis pun yang ado ja, setakat hantar makanan tu, kita pun boleh amek sendiri ja kan. So di Dave's Deli, tak perlu nak bermasam muka dengan cashier sebab kita hanya bayar untuk apa yang kita makan. Di sini layan diri ye dik. Kau nak makan, kau pergi beratur. Kau jangan feeling lebih pi duduk then tunggu waiter  mai amek order. *aku lettewwww hahaha mana tau first time kot makan kat sini malunyaaaa ye ye la anak kampung kan hahaha* :p

Thats all dear. Next week insyaAllah ke sana lagi. :-)

Sent from My Samsung Galaxy Tab

1 comment:

Naim Iman said...

next week come with me ha?hahaha