Wednesday, December 19, 2012

Nikmatnya Cuti Bahagian III

Alhamdulillah, habis ja minggu ni, ada lagi seminggu ja nak kerja promoter kasut sekolah ni. Makin lama kerja, makin rasa nak berhenti. Tak tau nak cakap macam mana. Nak kata penat sangat, takda la penat sangat. Susah la nak describe how it feels. Tapi kan, bestnya kerja sebab dapat gaji lah. Gaji bulan 11 dah masuk. Tak beli benda apa pun lagi sebab separuh gaji ja dah habis untuk bayar hutang. Matilahhhh! Tunggu la gaji bulan 12 ni, nak shopping kaw kaw. Nak beli baju Polo Hard Rock bagai, nak beli sandal oh my Camel, nak beli perfume oh my DKNY Be Delicious, nak beli laptop baru oh my MacBook Air. Tudiaaa wishlist tak hengat, macam gaji beribu kan? Hewhew.

So kelmarin/semalam cuti! For sure la jejalan kan. Lagipun minggu ni minggu last Ngah di Penang. Hari Ahad ni dah nak balik Kota Kinabalu. Huhuhu. Mulanya rancang nak pi Kuala Sepetang, gigih nak makan mee udang nih. Then rasa macam jauh sangat + tersangat gigih nak pi Kuala Sepetang semata-mata nak makan mee udang ja macam takda dah mee udang kat Penang ni kan, so ubah ke Pulau Sayak ja dengan niat yang sama nak makan mee udang. Then terfikir lagi asyik-asyik Pulau Sayak ja. Nak update kat blog pun dah tak best sebab banyak sangat dah post pasal mee udang Pulau Sayak ni. *tetap blog juga ni. syukur la, kalau takda story melangut la hangpa baca older post* Wahhhh feeling nih ada pembaca walhal....??? ABANG JUJUR DIK. Hahahaha tiru kak nani lagi!

Maka jadilah trip ke island untuk menggajahkan lagi badan yang sedia macam gajah ini. Seronok la KP baca ni kan, anak-anak buah jadikan KP sebagai idola. Matilahhh carut KP! Bergerak pun dah petang menaiki City Ngah *feeling* dan terus ke Padang Kota mencari sesuap pasembor! Kami share makan pasembor nih. Kiralah RM 14 bahagi 3. *kuiz math, jangan tekan kalkulator*

Kenyang makan pasembor tidak menghalang kami untuk menggajahkan lagi badan ni dengan pergi ke Kenny Rogers Roaster Queensbay Mall. Kononnya makan ayam kat sini less salt, less fat, less calories. Sihat sangat la tu? Kannnnnn! Lepas makan, nak tengok The Hobbit tapi sedih sebab dah lepas show and next showing jam 12 lebih. Sedih tak boleh tengok wayang, kami gantikan karoake satu lagu satu ringgit sebagai penutup nikmatnya cuti kali ini. :-)

p/s: Keluar jejalan ni memang seronok. Seronok sangat. Duit habis, penat pun penat. Hehehe sukanyaaaaaaaaaaaaaaaa *plastik*

Sobs sobs huhuhuhuhu.

Sent from My Samsung Galaxy Tab

1 comment:

K.P said...

laharrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr! enuf said