Monday, December 24, 2012

Nikmatnya Cuti Bahagian 4

Alohaaa cuti lagi today! Cuti untuk kali terakhir before cuti selama-lamanya Ahad/Isnin depan. Hehehe. Nak letak jawatan dah as Kikilala Back To School promoter. Kononnya hari ni tak mau cuti, nak direct terus seminggu. Tapi bangun tidur pagi tadi hujan pula. Takpa lah, boleh masuk shift noon. Tapi rupanya hujan tak jugak reda so teruslah malas nak pi kerja and claim as cuti. Boleh masuk kerja suka hati macam tu?

Kelmarin/semalam ya ampunnnnnnnnn! Ramai benar orang nih. Non stop dari masuk kerja sampai nak balik lah. Kenapa semua nak beli Parkson? Kenapa tak beli baju sekolah, kasut sekolah kat Billion or Kedai Wahab ja? Why why why? Matilaaa meroyan kat customer! Hahaha. Minta-minta semua parent dah buat preparation awal dan tak buat last minute shopping. Hopefully Sabtu Ahad ni tak jadi macam Sabtu Ahad lepas. :-)

Rabu minggu lepas aku belanja my family dinner kat Kedai Makan Arabena, Titi Mukim. Memang kedai favourite family aku sebab tomyam dia kaw kaw, siakap tiga rasa dia ever and servis tip top! Bolehhhh? Kebetulan pula, abang aku tinggal anak dia Kak Tiqah dengan Najmi kat umah so aku bawa sekali. Family kak aku pun ada sekali. 3 celebration sekali gus katanyaaaaaa! 1. Belanja mak ayah aku dengan duit gaji bulan 11. 2. Belanja kak aku, 23hb birthday dia. 3. Belanja Kak Tiqah sebab dapat 5 A dalam UPSR. Hahaha its combo dan jimat duit cheqqqqqq! Hewhewhew.

Thats all. Till next entry. Love!

p/s: tengah menunggu panggilan daripada PPD.

Sent from My Samsung Galaxy Tab

1 comment:

Anonymous said...

I am genuinely pleased to glance at this blog posts which consists of lots of
valuable information, thanks for providing such information.


Feel free to visit my web site - FotografĂ­a emocional de boda