Monday, December 24, 2012

Nikmatnya Cuti Bahagian 4

Alohaaa cuti lagi today! Cuti untuk kali terakhir before cuti selama-lamanya Ahad/Isnin depan. Hehehe. Nak letak jawatan dah as Kikilala Back To School promoter. Kononnya hari ni tak mau cuti, nak direct terus seminggu. Tapi bangun tidur pagi tadi hujan pula. Takpa lah, boleh masuk shift noon. Tapi rupanya hujan tak jugak reda so teruslah malas nak pi kerja and claim as cuti. Boleh masuk kerja suka hati macam tu?

Kelmarin/semalam ya ampunnnnnnnnn! Ramai benar orang nih. Non stop dari masuk kerja sampai nak balik lah. Kenapa semua nak beli Parkson? Kenapa tak beli baju sekolah, kasut sekolah kat Billion or Kedai Wahab ja? Why why why? Matilaaa meroyan kat customer! Hahaha. Minta-minta semua parent dah buat preparation awal dan tak buat last minute shopping. Hopefully Sabtu Ahad ni tak jadi macam Sabtu Ahad lepas. :-)

Rabu minggu lepas aku belanja my family dinner kat Kedai Makan Arabena, Titi Mukim. Memang kedai favourite family aku sebab tomyam dia kaw kaw, siakap tiga rasa dia ever and servis tip top! Bolehhhh? Kebetulan pula, abang aku tinggal anak dia Kak Tiqah dengan Najmi kat umah so aku bawa sekali. Family kak aku pun ada sekali. 3 celebration sekali gus katanyaaaaaa! 1. Belanja mak ayah aku dengan duit gaji bulan 11. 2. Belanja kak aku, 23hb birthday dia. 3. Belanja Kak Tiqah sebab dapat 5 A dalam UPSR. Hahaha its combo dan jimat duit cheqqqqqq! Hewhewhew.

Thats all. Till next entry. Love!

p/s: tengah menunggu panggilan daripada PPD.

Sent from My Samsung Galaxy Tab

Wednesday, December 19, 2012

Nikmatnya Cuti Bahagian III

Alhamdulillah, habis ja minggu ni, ada lagi seminggu ja nak kerja promoter kasut sekolah ni. Makin lama kerja, makin rasa nak berhenti. Tak tau nak cakap macam mana. Nak kata penat sangat, takda la penat sangat. Susah la nak describe how it feels. Tapi kan, bestnya kerja sebab dapat gaji lah. Gaji bulan 11 dah masuk. Tak beli benda apa pun lagi sebab separuh gaji ja dah habis untuk bayar hutang. Matilahhhh! Tunggu la gaji bulan 12 ni, nak shopping kaw kaw. Nak beli baju Polo Hard Rock bagai, nak beli sandal oh my Camel, nak beli perfume oh my DKNY Be Delicious, nak beli laptop baru oh my MacBook Air. Tudiaaa wishlist tak hengat, macam gaji beribu kan? Hewhew.

So kelmarin/semalam cuti! For sure la jejalan kan. Lagipun minggu ni minggu last Ngah di Penang. Hari Ahad ni dah nak balik Kota Kinabalu. Huhuhu. Mulanya rancang nak pi Kuala Sepetang, gigih nak makan mee udang nih. Then rasa macam jauh sangat + tersangat gigih nak pi Kuala Sepetang semata-mata nak makan mee udang ja macam takda dah mee udang kat Penang ni kan, so ubah ke Pulau Sayak ja dengan niat yang sama nak makan mee udang. Then terfikir lagi asyik-asyik Pulau Sayak ja. Nak update kat blog pun dah tak best sebab banyak sangat dah post pasal mee udang Pulau Sayak ni. *tetap blog juga ni. syukur la, kalau takda story melangut la hangpa baca older post* Wahhhh feeling nih ada pembaca walhal....??? ABANG JUJUR DIK. Hahahaha tiru kak nani lagi!

Maka jadilah trip ke island untuk menggajahkan lagi badan yang sedia macam gajah ini. Seronok la KP baca ni kan, anak-anak buah jadikan KP sebagai idola. Matilahhh carut KP! Bergerak pun dah petang menaiki City Ngah *feeling* dan terus ke Padang Kota mencari sesuap pasembor! Kami share makan pasembor nih. Kiralah RM 14 bahagi 3. *kuiz math, jangan tekan kalkulator*

Kenyang makan pasembor tidak menghalang kami untuk menggajahkan lagi badan ni dengan pergi ke Kenny Rogers Roaster Queensbay Mall. Kononnya makan ayam kat sini less salt, less fat, less calories. Sihat sangat la tu? Kannnnnn! Lepas makan, nak tengok The Hobbit tapi sedih sebab dah lepas show and next showing jam 12 lebih. Sedih tak boleh tengok wayang, kami gantikan karoake satu lagu satu ringgit sebagai penutup nikmatnya cuti kali ini. :-)

p/s: Keluar jejalan ni memang seronok. Seronok sangat. Duit habis, penat pun penat. Hehehe sukanyaaaaaaaaaaaaaaaa *plastik*

Sobs sobs huhuhuhuhu.

Sent from My Samsung Galaxy Tab

Tuesday, December 4, 2012

Nikmatnya Cuti Bahagian II

Tudiaa ada sambungan katanya!!! Hari ini (baca: Isnin) aku cuti, Dikwan pun sama dan kebetulan Own yang la ni buat part time kat Secret Recipe Kepala Batas pun cuti juga. Ngah pula memang available ja. So dah masing-masing cuti, takkan stay kat rumah ja kan? Geng Par memang penuh dengan agenda!

4.40 pm - 6.30 pm: Twilight Breaking Dawn. GSC Sunway Carnival.

6.30 pm - 7.30 pm: Bertolak ke Kuala Juru, Solat Maghrib.

7.30 pm - 9.20 pm: Makan Mee Ketam Pak Su Kuala Juru

9.20 pm - 9.45 pm: Bertolak ke Pacific Megamall

9.45 pm - 11.45 pm : Life of Pi. Chiah Megacineplex Megamall.

11.45 pm - 12.00 am: Bertolak ke Bandar Perda.

12.00 am - 1.00 am: Makan Burger Bakar depan LHDN Bandar Perda.

1.00 am: Bersurai.


Tak ingatttt! Tak puas tulis tak ingat, kena tulis TAK HENGATTTTTT!!!

Mee Ketam y'alls! Superb.

Spotted: Ayam gajah 1. *matilaa*

Spotted: Ayam gajah 2 dan ayam gajah 3. *matilaa lagi* Hahaha

Jenuh nak kopek! 

Hmm so so ja burger makan nih. Burger bakar kat Street Grill still far away better!


p/s: Akhir kata, NIKMAT MANA MAHU KU DUSTAKAN! *tibah Kak Nani*