Monday, November 5, 2012

The End.


Alhamdulillah. Syukur padaMu ya Allah yang memudahkan segalanya. Segala puji bagiMu.

Petang tadi jam 5.00, bertarikh 5 November 2012 selesai perjuangan aku selama 5 1/2 tahun di sini. Perjuangan untuk bergelar pendidik. Selesai menjawab ketiga-tiga peperiksaan membuatkan sedikit rasa lega. Kenapa sedikit? Sebab belum sempurna lagi. Apa yang belum sempurna?

Tamat saja peperiksaan, terus diadakan taklimat temuduga SPP. Khabarnya 8 November 2012, permohonan online akan dibuka untuk diisi oleh semua guru pelatih semester 8 di 27 buah IPG. 'Kalau gagal temuduga SPP, kamu akan ditempatkan dalam pasaran terbuka. Kamu kena bersaing dengan penuntut IPTA/IPTS yang boleh menyebabkan peluang kamu menjadi pendidik makin nipis.' Gulp, tersekat air liur! 

Dalam masa nak gembira habis exam/study, timbul pula rasa takut, tak sedap hati, tak tenang. Mohon kalian doakan yang terbaik dan mudahan dipermudahkan segalanya InsyaAllah. Aamiin. 

Dalam masa nak gembira habis exam/study, timbul pula rasa sedih nak berpisah dengan tolu. Lepas ni takkan rasa macam ni dah. Kuliah sama-sama, sembang-sembang, merapu sana sini, gelak ketawa tak ingat,  meroyan dengan depa. 

So boleh rasa apa yang aku rasa sekarang? Ya! Bercampur baur. 

Gembira (habis study) + sedih (berpisah dengan tolu) + takut (temuduga SPP dan posting)

:(

No comments: