Tuesday, November 27, 2012

Nikmatnya Cuti

Seronoknya dapat cuti hari ni. Sudah sedia maklum kan, aku dah mula kerja part time dari Isnin lepas. Sama macam tahun lepas, kerja kat Parkson Sunway Carnival under Back To School promotion. Dari Isnin lepas, kerja kerja kerja hinggalah hari ni baru cuti. Nikmatnya rasa cuti nih! Kalau tidak, bangun tido siap-siap bergegas ke Seberang Jaya. Dah sampai sana, melangut la 8 jam. Bosan! *tapi tetap nak kerja*

Tahun lepas snap guna BB, tahun ni snap guna tab. Oh how time flies.

Hari ni, still bangun awal sebab dah terbiasa kot. Tapi boleh lengah-lengah, sembang-sembang dengan mak dan kebetulan kak aku balik hari ni. Lega boleh bersembang panjang, layan Hantu Kapcai dan boleh teka-teki dan kuiz dengan anak menakan. Makan pun boleh santai, tak perlu nak cepat-cepat. Nikmat mana mahu ku dustakan. *copy ayat Nani Rostam* Hewhew. Lega sangat rasanya setelah seminggu bekerja siang-malam, siang-malam. In fact, aku pun bukan jenis gigih nak kerja 24/7. I need my me/family time!

Hello Kikilala, Hi Ben 10!

Suasana kerja macam biasalah. Dari punch masuk sampai punch keluar kerja merapu ja dengan Dikwan, Kak Diana, Kak Zah, Kak Pah, Kak Miza, Kak Umi, Mira. Tudiaaa semua kak-kak ja nih! Haha. Nasib baik Dikwan pun kerja sekali. Kalau dia tak mau kerja, for sure aku pun tak mau. Mati kejang kebosanan kat Parkson tuh! Minggu lepas aku pun bersemangat ja nak kerja, tapi start semalam, dah tak semangat nak kerja. Separuh jiwaku pergi gituhhhh! *matilaaaa propa* Nak tau sebab apa? Kena tanya Dikwan Begau dan Geng Par. Semua sudah sedia maklum. *larikkkk* Tapi it's ok dear. From tomorrow and onwards, i will be 'the new me'. *tingtong* Hahahahaha.

Ngah pun kerap mai Parkson. Sat lagi nak dekat time rehat, mesti Ngah mesej. Makan-makan sekali merapu dana tak tentu hala lepas tu boleh la dia balik rumah dengan tenang. Kekadang makan nasi kandar, kekadang bihun sup siam, kekadang fast food, kekadang waffle, kekadang roti Giant. Matilaaa KP menternak ayam gajah!!!! 

Sampai di sini dulu, till meet again. *tibah*

No comments: