Sunday, November 11, 2012

Last Dinner with Tutor

Masa tolu mai open house rumah aku tu, kami dah bincang nak buat dinner kat Puan Rohaida, tutor kelas kami ibarat mak kami di sini. Dah tolu kan, masa bincang bukannya nak serius. Idea masing-masing ke laut ja. Nasib baik jadi jugak. Aku ni la haaaa! Habis kemas rumah, lepas solat Maghrib terus bergerak balik rumah sewa sebab kononnya dinner mula 9.00 pm.

Dipendekkan cerita, masa aku, Arif, Kimah n Intan sampai di Route 69, Bandar Perda, tengok punya lah ramai orang. Bersorak bagai nak rak, bersorak sebab tengok kami lah! *matilaa* Tengok bola lah laha! Dalam hati aku terdetik dah, macam mana nak makan dengan puan kalau begini caranya *sam & yana*. Pi tanya kat waiter sini, dia bagitau dia terpaksa cancel reservation kami. Boleh macam tuuuuu? Kisah lah, memang kalau tak buka reservation pun, aku tak mau buat kat sini. *kekwat*

So bergegas kami ke Bangkok Station pula, oh suasana aman damai di sini sebab tv tak pasang astro so tak leh tengok bola. Hewhew. Kebetulan masa kami baru deal dengan pengurus kedai tu, tolu lain dan puan dan family pun sampai.

Macam biasa, mestilah dengan mereka!

Yummy! Order 5 set termasuk dengan puan sekeluarga.

Tolu kalau makan laju jaaaaaa!!!

Afif bagi ucapan sebagai wakil kelas. Actually puan dah bercuti awal 2 minggu dari kami sebab sambung PhD di USM. Huhuhu. Kalau tak buat dinner ni for sure tak sempat jumpa puan dah. Huhuhu. *sedih*

Album dari zaman adik-adik foundation hingga ke wajah-wajah cikgu sekarang sebagai hadiah pada puan. Lawak tengok gambar lama. Khai yang kurus gila dulu, Kimah dengan tudung kelepetnya, Iechan dengan tudung lilitnya, dan aku yang sekarang nampak makin muda. Larikkk!


Terima kasih Puan. Sudi jadi ibu kepada kami sepanjang 5 1/2 tahun ni. Terima kasih kerana sabar melayan karenah dan kenakalan kami. InsyaAllah, moga kita jumpa lagi di lain waktu, di lain ruangan. 



No comments: