Friday, November 16, 2012

Last Dinner with Lastik 5

Macam-macam geng sungguh! Sat Tolu, sat Geng Par dan sat Lastik 5. Kan kalah geng 3 line nih! LOL. Lastik 5 pun tinggal Lastik 4 ja sebab Abang Bob dah jauh di pedalaman Sarawak, bandar LA katanya! Lubok Antu! Malam ni (baca: Selasa malam Rabu minggu lepas) merupakan malam terakhir kami dinner sekali sebelum Naim balik keesokan harinya. Sedih tapi tak nak layan sedih nih!

Puncak Mutiara Cafe jadi pilihan kami. Tetap nak makan kat sini even dah hujung sem ni. Kann faham-faham sendiri la noo. 

Auwww! Ayam dara nih! Abang Bob komen kat IG, ayam dara ni dalam kedudukan yang lucah! Choyyy! Hahahaha

Arif, Nizar, Naim, Rahman. Rindunyaaaaaaaaa!!!

Naim, tahun depan jaga diri elok-elok. Jangan risau, kalau ada masalah jangan malu nak cari kami. Just make a call dear. Tak boleh dah la mai rumah buat cemas pastu bercerita segala masalah yang berlaku konon-konon rasa lega bila boleh berkongsi masalah. Tapi end up jadi lagi emo sebab kami akan jadi lebih emo dengar cerita Naim terutamanya Arif. Hehehe. Cepat-cepat cari pengganti untuk temankan Naim nak makan petang. Cucur udang lah, laksa+abc lah, nasi lemak lah. Pastu kena cari pengganti untuk main gomol-gomol macam tiap-tiap petang selalu kita buat tuh. Ya Allah, rindunyaaaaa!!! Takpa, nanti kita pi vacation, kita buat semua tu k! ;)

Arif (roomate + housemate selama 5 1/2 tahun)
Rahman (housemate 1 1/2 tahun)

Tak boleh nak tulis. Terlalu banyak kenangan. Takut menangis.

Arif, hang cakap kat aku "jangan layan perasaan sedih ni. Just fikir KITA AKAN BERJUMPA LAGI". Aku akan ingat sampai bila-bila tapi kalau nanti kalau kita jumpa pun, takkan boleh ulang semula apa yang kita lalui sepanjang 5 1/2 tahun ni kan? 



OK aku dah nangis!

2 comments:

Naim Iman said...

ya Allah sedihnya baca post ni. rindu dan sedih terkenang semua kenangan walaupun i kenal korg semua lambat. singkat tu dah rasa cukup rapat.sebak baca pesanan u utk i.ya Allahhhh kalaulah ada org macam korg lg.insyaAllah i boleh go on. macam mana abg bob pergi dulu. harap i boleh bertahan lepas ni. masyaAllah.

MerinaRosales said...

Rindu.. (˘̩̩_˘̩̩)