Sunday, November 18, 2012

Berhari-hari dengan Geng Par!

Seronok. Yup, thats it! Kalau berkumpul dengan geng-geng, rasa hilang semua masalah! Yang tau sembang dan gelak tak ingat! Hari Selasa lepas, semua geng-geng balik Penang. KP balik, Abang Faizal dari Sabah pun balik, for sure la sekolah cuti kan then Kur dan Abang Thom dari Kuantan dan KL pun balik sempena cuti Deepavali dan Maal Hijrah. Tak still tak lengkap. Abg Zul dan Abang Eddy tak balik, Dikwan pula ke Terengganu.

First day depa balik sini, hari Selasa dah jumpa dan makan Char Keow Tiau. Makan-makan sambil rancang aktiviti yang nak buat sempena kepulangan mereka. Hari Rabu tak keluar sebab bagi laluan untuk baca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Hari Khamis pula, family Abang Thom buat kenduri tahlil. So dari sana, kami mula bergerak ke pulau. Asyik-asyik pulauuuuuuu!!! Hehehe

Destinasi 1: Mee Goreng Sotong Padang Kota Lama

Destinasi 2: Masjid Terapung Tanjung Bungah

Destinasi 3:  Night Market Batu Feringghi

Destinasi 4: Burger Bakar Street Grill

Semua makannnnn jah! Tak sempat nak hadam habis, makan dan makan lagi. Dekat Night Market, tak da menda sangat nak makan, kami semua beli ais krim Magnum. Makan tepi jalan ja! Habis berais krim, bergerak ke burger bakar tuh! Ya ampunnnnnn!!! Yummylicious. Kami ke sini pun just baca review dari internet, nasib baik berbaloi! So kalau nak pi burger bakar di Penang, go and find Burger Bakar Street Grill, Jalan Sungai Pinang. Murah ja dan sedap!

Di Night Market. Sex on the beach? WOW! Speechlees. Hehe

Kalah Mila Kunis untuk Magnum campaign!

Look yummylicious kan? Memang!

:)

p/s; Esok bermula lagi kerjaya sebagai promoter Back to School! ;)



1 comment:

K.P said...

this is ohsem! can't wait to do this again...:)