Tuesday, November 27, 2012

Nikmatnya Cuti

Seronoknya dapat cuti hari ni. Sudah sedia maklum kan, aku dah mula kerja part time dari Isnin lepas. Sama macam tahun lepas, kerja kat Parkson Sunway Carnival under Back To School promotion. Dari Isnin lepas, kerja kerja kerja hinggalah hari ni baru cuti. Nikmatnya rasa cuti nih! Kalau tidak, bangun tido siap-siap bergegas ke Seberang Jaya. Dah sampai sana, melangut la 8 jam. Bosan! *tapi tetap nak kerja*

Tahun lepas snap guna BB, tahun ni snap guna tab. Oh how time flies.

Hari ni, still bangun awal sebab dah terbiasa kot. Tapi boleh lengah-lengah, sembang-sembang dengan mak dan kebetulan kak aku balik hari ni. Lega boleh bersembang panjang, layan Hantu Kapcai dan boleh teka-teki dan kuiz dengan anak menakan. Makan pun boleh santai, tak perlu nak cepat-cepat. Nikmat mana mahu ku dustakan. *copy ayat Nani Rostam* Hewhew. Lega sangat rasanya setelah seminggu bekerja siang-malam, siang-malam. In fact, aku pun bukan jenis gigih nak kerja 24/7. I need my me/family time!

Hello Kikilala, Hi Ben 10!

Suasana kerja macam biasalah. Dari punch masuk sampai punch keluar kerja merapu ja dengan Dikwan, Kak Diana, Kak Zah, Kak Pah, Kak Miza, Kak Umi, Mira. Tudiaaa semua kak-kak ja nih! Haha. Nasib baik Dikwan pun kerja sekali. Kalau dia tak mau kerja, for sure aku pun tak mau. Mati kejang kebosanan kat Parkson tuh! Minggu lepas aku pun bersemangat ja nak kerja, tapi start semalam, dah tak semangat nak kerja. Separuh jiwaku pergi gituhhhh! *matilaaaa propa* Nak tau sebab apa? Kena tanya Dikwan Begau dan Geng Par. Semua sudah sedia maklum. *larikkkk* Tapi it's ok dear. From tomorrow and onwards, i will be 'the new me'. *tingtong* Hahahahaha.

Ngah pun kerap mai Parkson. Sat lagi nak dekat time rehat, mesti Ngah mesej. Makan-makan sekali merapu dana tak tentu hala lepas tu boleh la dia balik rumah dengan tenang. Kekadang makan nasi kandar, kekadang bihun sup siam, kekadang fast food, kekadang waffle, kekadang roti Giant. Matilaaa KP menternak ayam gajah!!!! 

Sampai di sini dulu, till meet again. *tibah*

Sunday, November 18, 2012

Berhari-hari dengan Geng Par!

Seronok. Yup, thats it! Kalau berkumpul dengan geng-geng, rasa hilang semua masalah! Yang tau sembang dan gelak tak ingat! Hari Selasa lepas, semua geng-geng balik Penang. KP balik, Abang Faizal dari Sabah pun balik, for sure la sekolah cuti kan then Kur dan Abang Thom dari Kuantan dan KL pun balik sempena cuti Deepavali dan Maal Hijrah. Tak still tak lengkap. Abg Zul dan Abang Eddy tak balik, Dikwan pula ke Terengganu.

First day depa balik sini, hari Selasa dah jumpa dan makan Char Keow Tiau. Makan-makan sambil rancang aktiviti yang nak buat sempena kepulangan mereka. Hari Rabu tak keluar sebab bagi laluan untuk baca doa akhir tahun dan doa awal tahun. Hari Khamis pula, family Abang Thom buat kenduri tahlil. So dari sana, kami mula bergerak ke pulau. Asyik-asyik pulauuuuuuu!!! Hehehe

Destinasi 1: Mee Goreng Sotong Padang Kota Lama

Destinasi 2: Masjid Terapung Tanjung Bungah

Destinasi 3:  Night Market Batu Feringghi

Destinasi 4: Burger Bakar Street Grill

Semua makannnnn jah! Tak sempat nak hadam habis, makan dan makan lagi. Dekat Night Market, tak da menda sangat nak makan, kami semua beli ais krim Magnum. Makan tepi jalan ja! Habis berais krim, bergerak ke burger bakar tuh! Ya ampunnnnnn!!! Yummylicious. Kami ke sini pun just baca review dari internet, nasib baik berbaloi! So kalau nak pi burger bakar di Penang, go and find Burger Bakar Street Grill, Jalan Sungai Pinang. Murah ja dan sedap!

Di Night Market. Sex on the beach? WOW! Speechlees. Hehe

Kalah Mila Kunis untuk Magnum campaign!

Look yummylicious kan? Memang!

:)

p/s; Esok bermula lagi kerjaya sebagai promoter Back to School! ;)



Friday, November 16, 2012

Last Dinner with Lastik 5

Macam-macam geng sungguh! Sat Tolu, sat Geng Par dan sat Lastik 5. Kan kalah geng 3 line nih! LOL. Lastik 5 pun tinggal Lastik 4 ja sebab Abang Bob dah jauh di pedalaman Sarawak, bandar LA katanya! Lubok Antu! Malam ni (baca: Selasa malam Rabu minggu lepas) merupakan malam terakhir kami dinner sekali sebelum Naim balik keesokan harinya. Sedih tapi tak nak layan sedih nih!

Puncak Mutiara Cafe jadi pilihan kami. Tetap nak makan kat sini even dah hujung sem ni. Kann faham-faham sendiri la noo. 

Auwww! Ayam dara nih! Abang Bob komen kat IG, ayam dara ni dalam kedudukan yang lucah! Choyyy! Hahahaha

Arif, Nizar, Naim, Rahman. Rindunyaaaaaaaaa!!!

Naim, tahun depan jaga diri elok-elok. Jangan risau, kalau ada masalah jangan malu nak cari kami. Just make a call dear. Tak boleh dah la mai rumah buat cemas pastu bercerita segala masalah yang berlaku konon-konon rasa lega bila boleh berkongsi masalah. Tapi end up jadi lagi emo sebab kami akan jadi lebih emo dengar cerita Naim terutamanya Arif. Hehehe. Cepat-cepat cari pengganti untuk temankan Naim nak makan petang. Cucur udang lah, laksa+abc lah, nasi lemak lah. Pastu kena cari pengganti untuk main gomol-gomol macam tiap-tiap petang selalu kita buat tuh. Ya Allah, rindunyaaaaa!!! Takpa, nanti kita pi vacation, kita buat semua tu k! ;)

Arif (roomate + housemate selama 5 1/2 tahun)
Rahman (housemate 1 1/2 tahun)

Tak boleh nak tulis. Terlalu banyak kenangan. Takut menangis.

Arif, hang cakap kat aku "jangan layan perasaan sedih ni. Just fikir KITA AKAN BERJUMPA LAGI". Aku akan ingat sampai bila-bila tapi kalau nanti kalau kita jumpa pun, takkan boleh ulang semula apa yang kita lalui sepanjang 5 1/2 tahun ni kan? 



OK aku dah nangis!

Sunday, November 11, 2012

Last Dinner with Tutor

Masa tolu mai open house rumah aku tu, kami dah bincang nak buat dinner kat Puan Rohaida, tutor kelas kami ibarat mak kami di sini. Dah tolu kan, masa bincang bukannya nak serius. Idea masing-masing ke laut ja. Nasib baik jadi jugak. Aku ni la haaaa! Habis kemas rumah, lepas solat Maghrib terus bergerak balik rumah sewa sebab kononnya dinner mula 9.00 pm.

Dipendekkan cerita, masa aku, Arif, Kimah n Intan sampai di Route 69, Bandar Perda, tengok punya lah ramai orang. Bersorak bagai nak rak, bersorak sebab tengok kami lah! *matilaa* Tengok bola lah laha! Dalam hati aku terdetik dah, macam mana nak makan dengan puan kalau begini caranya *sam & yana*. Pi tanya kat waiter sini, dia bagitau dia terpaksa cancel reservation kami. Boleh macam tuuuuu? Kisah lah, memang kalau tak buka reservation pun, aku tak mau buat kat sini. *kekwat*

So bergegas kami ke Bangkok Station pula, oh suasana aman damai di sini sebab tv tak pasang astro so tak leh tengok bola. Hewhew. Kebetulan masa kami baru deal dengan pengurus kedai tu, tolu lain dan puan dan family pun sampai.

Macam biasa, mestilah dengan mereka!

Yummy! Order 5 set termasuk dengan puan sekeluarga.

Tolu kalau makan laju jaaaaaa!!!

Afif bagi ucapan sebagai wakil kelas. Actually puan dah bercuti awal 2 minggu dari kami sebab sambung PhD di USM. Huhuhu. Kalau tak buat dinner ni for sure tak sempat jumpa puan dah. Huhuhu. *sedih*

Album dari zaman adik-adik foundation hingga ke wajah-wajah cikgu sekarang sebagai hadiah pada puan. Lawak tengok gambar lama. Khai yang kurus gila dulu, Kimah dengan tudung kelepetnya, Iechan dengan tudung lilitnya, dan aku yang sekarang nampak makin muda. Larikkk!


Terima kasih Puan. Sudi jadi ibu kepada kami sepanjang 5 1/2 tahun ni. Terima kasih kerana sabar melayan karenah dan kenakalan kami. InsyaAllah, moga kita jumpa lagi di lain waktu, di lain ruangan. 



Thursday, November 8, 2012

Rumah Terbuka Aidil Adha Untuk Tolu

Kan! Khas katanya buat hanya untuk tolu. Hari raya aidil fitri tak sempat nak buat untuk tolu. Busy dengan AR selebihnya pi melencong ke Langkawi. Kali ni kali terakhir untuk semua tolu. Lepas ni boleh buat lagi rumah terbuka tapi susah la kalau semua tolu boleh mai. Kan kan? *nanges*

Ok takmau buat drama air mata. Heeee! Aku minta kak aku buat mee kuah + ketupat + rendang + kek + agar-agar. Menangis kak aku semua dia kena buat. Hehehe. Mak aku tak dah larat nak masak banyak-banyak tu. Kak Nun, cheq sayang kak! :)

Rombongan Che Ta kata Kimah! Depa first. Syu dan suami, Arif, Naim, Kimah, Intan n Norin.

Rombongan kedua: Mell, Tirah, Kila. Pastu Pown dengan Khai. Pastu Iechan dengan Naz.

Rombongan terakhir: Fadhil, Farin, Nana & Aween. Laha tau Farin dengan Fadhil, sebelum mai umah aku depa keluar dating dulu sebab tu mai lambat. 

Aku called Farin. "Farin, sampai hati hang noo. Hang tak mau tengok ka aku kena sarung cincin ni? Mai cepat." (mati tak feeling bertunang. hahaha)

Semuaaaaaaaa!!!!

Konon nak photshoot kat bendang. Tapi hujan lak. Photoshoot dalam rumah sajokkkk! Sedey!

10 tolu gegurls + Aween. Syu balik awal, Fini tak boleh mai. 


Moga tolu berseronok dan makan kenyang kat rumah aku nih. Kenyang kannnnn? Hehehehe


Monday, November 5, 2012

The End.


Alhamdulillah. Syukur padaMu ya Allah yang memudahkan segalanya. Segala puji bagiMu.

Petang tadi jam 5.00, bertarikh 5 November 2012 selesai perjuangan aku selama 5 1/2 tahun di sini. Perjuangan untuk bergelar pendidik. Selesai menjawab ketiga-tiga peperiksaan membuatkan sedikit rasa lega. Kenapa sedikit? Sebab belum sempurna lagi. Apa yang belum sempurna?

Tamat saja peperiksaan, terus diadakan taklimat temuduga SPP. Khabarnya 8 November 2012, permohonan online akan dibuka untuk diisi oleh semua guru pelatih semester 8 di 27 buah IPG. 'Kalau gagal temuduga SPP, kamu akan ditempatkan dalam pasaran terbuka. Kamu kena bersaing dengan penuntut IPTA/IPTS yang boleh menyebabkan peluang kamu menjadi pendidik makin nipis.' Gulp, tersekat air liur! 

Dalam masa nak gembira habis exam/study, timbul pula rasa takut, tak sedap hati, tak tenang. Mohon kalian doakan yang terbaik dan mudahan dipermudahkan segalanya InsyaAllah. Aamiin. 

Dalam masa nak gembira habis exam/study, timbul pula rasa sedih nak berpisah dengan tolu. Lepas ni takkan rasa macam ni dah. Kuliah sama-sama, sembang-sembang, merapu sana sini, gelak ketawa tak ingat,  meroyan dengan depa. 

So boleh rasa apa yang aku rasa sekarang? Ya! Bercampur baur. 

Gembira (habis study) + sedih (berpisah dengan tolu) + takut (temuduga SPP dan posting)

:(