Tuesday, October 9, 2012

Mee Goreng Sotong Padang Kota

Sengaja buat entry ni untuk Naim Iman yang tak sempat nak merasa mee goreng sotong yang super yummylicious! Hahaha. Kata orang, tak dapat makan, tengok gambar pun jadi lah! ;)


Hari tu lepas kenduri arwah rumah Dikwan, aku, Own, Kur dengan Hasman tak tentu arah nak ke mana. Nak balik rumah pun awal lagi katanya. Geng-geng memang pantang, keja nak keluar perabih duit. Hari tu dah elok Dikwan buat kenduri, dapat makan free tapi geng-geng ni tetap nak merasa makanan yang berbayar!

Aku just bagi cadangan, why not kita pi makan mee goreng sotong Padang Kota plus Coconut Shake! Tudiaa semua setuju tanpa sebarang bantahan! So letss!!

Kekwat aney la ni. Tak mau amek order dah, suruh kita plak beratur! 

Ni kedai milk shake, coconut shake, ais kacang dan minuman. Sebelah kedai mee goreng sotong ni ja.

Orang order coconut shake, depa mai hantar milk shake. Patut la takdak pun isi kelapa. Choyyy punya aney!!

Hmmm nasib baik mee goreng sotong ni sedap! Terus lupa nak melaha aney aney tuh! 


Lepas makan tak ingat, haruslah jalan-jalan untuk bakar kalori tadi. Jom melompat!!!


1 comment:

naim iman said...

bila lah nak dapat makan mee goreng sotong ni. wuwuwuwu