Monday, October 15, 2012

Dugaan Semalam


Assalamualaikum guys. 

Semalam aku diduga lagi. Dah tido around pukul 1 then pukul 3.30 pagi aku tersedar. Tersedar sebab selimut aku ditarik... Aku tak tau sapa yang tarik sebab aku tidoq sorang ja kat atas ni. Nampak macam .... Hehehe. Choy lah! Karangan berhantu sangat!

Takda lah. Dalam 3.30 pagi tu aku tersedar sebab ada benda bergerak-gerak dalam telinga aku. Binatang masuk la ni. Aku ingatkan binatang kecik biasa-biasa ja. So aku turun ke bawah, nak ke bilik air. Aku nak masukkan air biar binatang tu lemas dalam telinga aku. Hewhew. 

Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, dah sampai ke dapur, binatang tu bergerak bergerak bergerak dan bergerak dalam telinga aku. Rasa amat amat sakit. Sakit macam ditoreh-toreh, disiat-siat (over). Memang sakit! Dah sakit macam tu, aku duduk bersujud kat dapur tu sambil ketuk-ketuk lantai. Stress dengan binatang nih! Menangis meronta-ronta.

Time aku menangis tu, mak ayah aku tersedar. Terkejut tengok anak bongsu depa menangis-nangis. Sambil menangis tu aku cakap binatang masuk telinga. Then sambung menangis lagi sambil ketuk lantai lagi sebab binatang tu still bergerak-gerak. Pastu mak tengok telinga aku, dah keluaq darah. Aku meraung lagi! Sakit uols!

Ayah bersiap pi start keta. Ayah tanya mana klinik terdekat, ayah pun tak berani drive malam. Aku pun suggest satu klinik ni dekat simpang Lahar Kepar. Lebih kurang 5 minit ja dari rumah. Masa otw, binatang ni tak bergerak dah, rasanya dah mati sebab lemas dengan darah aku dalam telinga tu kot. Dah sampai klinik, doktor check dan terus buat minor operation katanya. Masa nak korek binatang tu, sakit. Lebih kurang 3 kali dia korek baru berjaya keluarkan binatang tu. Rupanya anak kumbang! Laha hang noo masuk telinga aku. Huhuhuhu.

Ubat titis, ubat tahan sakit dan antibiotik

Masa nak bayar, akak kat kaunter tu bagitau minor operation tu RM 250. Pengsan aku 10 saat. Pak Latib apatah lagi, tercampak 2 marhalah. Hehehe. Laha mahalnyaaaaaaaaaa!!! Then termasuk ubat RM 330. Pengsan lagi 10 saat!!! Akak tu tanya lagi, 'pakcik boleh bayar tak?'. Hamboii mentang-mentang ayah i pakai kain pelikat ja time tu, nasib baik ayah i cool jawab 'hmm boleh'.

Kesiannya kat ayah disebabkan anak kumbang masuk telinga ja kena keluarkan RM 330. Huhuhu. Dugaan sangat. Takpa mesti ada hikmah kan. Balik rumah ayah cool ja sambung tidoq. Nasib baik tak minta ganti. Hewhewhew. Ayah cool! Sayang ayah. :)


p/s: Bangun tengah hari tu, semua abang-abang, kakak-kakak aku dah mesej. Amboi cepatnya berita tersebar! 

p/s: la ni pun still rasa sakit sikit-sikit. Maybe sebab luka dalam telinga ni kot. Dugaan kecil ja ni. Sabar. :)


Tuesday, October 9, 2012

Mee Goreng Sotong Padang Kota

Sengaja buat entry ni untuk Naim Iman yang tak sempat nak merasa mee goreng sotong yang super yummylicious! Hahaha. Kata orang, tak dapat makan, tengok gambar pun jadi lah! ;)


Hari tu lepas kenduri arwah rumah Dikwan, aku, Own, Kur dengan Hasman tak tentu arah nak ke mana. Nak balik rumah pun awal lagi katanya. Geng-geng memang pantang, keja nak keluar perabih duit. Hari tu dah elok Dikwan buat kenduri, dapat makan free tapi geng-geng ni tetap nak merasa makanan yang berbayar!

Aku just bagi cadangan, why not kita pi makan mee goreng sotong Padang Kota plus Coconut Shake! Tudiaa semua setuju tanpa sebarang bantahan! So letss!!

Kekwat aney la ni. Tak mau amek order dah, suruh kita plak beratur! 

Ni kedai milk shake, coconut shake, ais kacang dan minuman. Sebelah kedai mee goreng sotong ni ja.

Orang order coconut shake, depa mai hantar milk shake. Patut la takdak pun isi kelapa. Choyyy punya aney!!

Hmmm nasib baik mee goreng sotong ni sedap! Terus lupa nak melaha aney aney tuh! 


Lepas makan tak ingat, haruslah jalan-jalan untuk bakar kalori tadi. Jom melompat!!!