Sunday, September 30, 2012

Tolu's Vacation part II

Hari Kedua

Wahhhh freshnya bangun pagi, lena sangat tidur semalam. Itu pun bangun subuh then tidur balik. Sampai dikejutkan Azhari, dah jam 8.30 pagi kot. Kena mandi, siap-siap, jam 9.00 dah nak bergerak untuk aktiviti pertama, Island Hoping. Dah habis mandi, ehhh dah ada nasi lemak atas katil. Melets sungguh servis Tanjung Malie Resort nih. Breakfast on bed kaedahnya! Hahaha. Ingat motel camni tak servis macam tu ka? LOL

depan lobi motel

Baca boleh, percaya jangan! Nasi lemak tu Azhari yang pi beli dekat akak *%#+^!*%^ (hanya tolu ja yang tau). Lepas breakfast, tunggu depan lobi motel. Tunggu akak Island Hoping mai jemput. Lepas dia dah mai, kami bergerak dengan kereta, ikut van kak tu. Dekat ja dari motel kami nih.

tempat permulaan Island Hoping


Lepas settle deal bot segala bagai, here we go!!! Rock the islanddddd!!!! *tibah* Kami naik dua buah bot. Aku, arif, Nana, Farin, Fini, Norin dan Shakila satu bot. Bot lagi satu Azhari, Fadhil, Afif,Acap, Saiful, Intan, Kimah dan Naz. 

rock island babehhhhh!!!


Destinasi pertama, Tasik Dayang Bunting.

bunting berapa bulan ni?

kami bertujuh. minta abang bot tolong snap!

Dah sampai sini pun, still toluuuuu!!! Mula dengan Azhari tolu bawa bungkus makanan. Sambil jalan, dia makan roti pastu dalam poket dia ada apollo. Monyet sini lak pantang tengok bungkus plastik, depa kejar sampai dapatttt!!! Bermula dengan Azhari pastu monyet-monyet tu tengok ja sorang-sorang. Afif letak deodorant tepi beg pun dicurinya monyet tu. Nak makan jugak kah? 

monyet tengah lunch Apollo Azhari.

Paling lawak sekali, Shakila dengan Arif. Hahahahahaha. Shakila takut kat monyet sampai campak beg dia. Nasib baik beg dia berat, kalau tidak, mesti dah diangkut monyet tu. Arif lak konon nak amek beg Kila, gempaq monyet tu. Monyet tak lari, dia yang lari. How? LOL. Kenangan sangat kan?

Selesai harungi monyet-monyet kelaparan tu, kami sampai juga Tasik Dayang Bunting. Oh ada paddle n solar boat. Terus ajak Nana naik dengan aku. Time naik paddle boat ni pun tolu jugakkk. Penat nak kayuh dua orang, kami gabung 4 bot sekali dan kayuh. Ramai-ramai senang nak kayuh, laju ja.

tolu Acap dengan tolu Pown

kena tengok-tengok couple nih, takut buat benda lain tengah tasik. hewhewhew.

:)

tolu gabung bot

Rupanya ada sorang lecturer maktab tengok aksi tolu kami kayuh ramai-ramai tu. Puan tu bawa junior buat lawatan ke Langkawi nih. Tak sangka jumpa kat sini. Puan cakap. 'Oh main eh tadi. Kayuh ramai-ramai sekali.' Tolu puannn, memang macam ni lah. :)

Complete of us.

(Info: 30 minit naik paddle boat tu RM 20.00)


Eagle Feeding

Edited and uploaded on Instagram

Sejam stay dekat Tasik Dayang Bunting, kami bergerak pula ke tempat bagi makan burung helang. Singgah dalam 15-20 minit gitu ja. Banyak helang kat sini. Awesome experience. Tak buat apa pun. Photoshoot lite-lite jah. 

nak jugak enterframe



Pulau Beras Basah

Heading to Pulau Beras Basah

Kat sini stay selama sejam juga. Boleh mandi dengan snorkeling. Kat sini pun ada monyet juga. Tengah kimah and gegurls bersembang sambil makan Jacker, monyet mai n join depa makan Jacker. Hahaha. Semua lari lintang pukang lah! Monyet tu bawa lari Jacker tu, yang baru dibeli dan baru dibuka. Dah la mahal beli kat pulau nih. Sedeyyyyyy kak gie kita!!



Selesai Island Hoping yang awesome! Balik ke motel untuk bersiap. Nak pi Cable Car pula petang nih. Dah bersiap dalam 3 petang macam tu la, kami berjalan ke kedai makan berhampiran untuk lunch. Azhari n budak laki lain pi beli ayam untuk BBQ malam ni. Dalam nak ke kedai makan tu, hujan lebat pulak. So for sure la kena cancel nak ke cable car. Gila kau nak naik cable car time hujan?

tengah survey coklat pun sempat kannnnn

Aku, Arif, Farin, Nana, Kila dan Fini stuck kat kedai tu for almost 2 hours juga la. Hujan lebat sunggoh! Gegurls lain ada dalam bilik sebab depa dah tapau McD. Kelazz kan lunch depa!!! Dah reda sikit, kami berlari masuk dalam The Zon. Alang-alang masuk tu, saja lah survey harga coklat, harga perfume. Semua survey ja dulu, tak mau beli lagi. Dah penat survey, pi beli ice cream mcd dan berlari balik ke motel. ZzzzZZZzzz lah jawabnya!

Petang dalam pukul 6 gitu, Farin ketuk pintu bilik. Nak ajak tengok keadaan pantai, ok ke tak kalau nak mandi. Katanya Nana dah beria nak mandi pantai. Time ni hujan renyai-renyai ja. Aku tengok ada ja orang mandi. So kami decide nak mandi jugak! Gigih nih nak mandi juga walaupun hujan lite-lite!

Seronok mandi time nih walaupun hujan dan ombak pun agak deras. Seronok main lompat-lompat time ombak besar mai! Hehehe. Yang aku ingat, yang mandi time nih aku, Arif, Nana, Farin, Fini, Kila, Intan dengan Norin. Kimah dengan Naz main lite-lite tepi pantai, tak join mandi. Dah maghrib, baru masing-masing ingat nak balik motel. 


p/s: bersambung....

p/s: gambar time mandi manda tak da. sedihhhhh!!!


No comments: