Friday, September 28, 2012

Tolu's Vacation part I

Hari Pertama

Kami pi hari Jumaat, 7 September 2012. Pagi tu masih ada kuliah macam biasa dari jam 8 sampai jam 10. Masa dalam kelas tu, memang tak boleh fokus. Lec mengajar bla bla bla, kami dok bisik 'hang bawa baru berapa helai', pastu ada juga 'hai cepat lah habis nak pi vacayyy nih'. Memang tolu!

Tamat ja kelas, kami berpakat untuk jumpa kat Petronas Sebarang Jaya. Kami seramai 15 orang bergerak dalam 4 buah kereta. Aku dengan Arif naik kereta Intan. Dalam jam 11.30 pagi, Intan mai amek depan rumah pastu terus pi Petronas tu. Sampai ja sana, kereta Afif, Azhari dah ada. Kereta Fini tak sampai lagi. Isi minyak, angin segala then kereta Fini pun dah sampai. And here we go to Langkawi! :)

Jam 2.45 petang baru sampai Kuala Perlis. Elok-elok ja sampai sebab feri pukul 3.00 petang. Pi cari parking kereta, aku pula toluuu!!! Aku drive kereta Intan sebab Intan lapaq nak makan kat belakang katanya, so masa parking tu nak kena kunci stereng segala bagai, mana la aku nak tau. Call tanya Intan pun still tak faham at last tinggal macam tu je lah. Abang kat parking tu pun cakap insyaAllah selamat kat sini. 

Di tempat yang sama masa mai sini 3 tahun lepas. :)

Tolu-tolu semua nak naik feri, choyy tinggal aku sorang. Kalau terlepas feri, aku nak nangesss tak hengat kat jeti tu! Dalam feri, semua diam, amek masa nak tidoq sebab malam sebelum tu masing-masing berjaga nak siapkan our last assignment. Dalam kul 4 lebih, dah sampai Pulau Langkawiiiii!!!! Yeayyyyyy!!!

Dalam kereta. Nampak Kimah n Kila dalam kereta depan.

Azhari, Afif, Saiful, Fadhil semua pi uruskan hal kereta. Yang selebihnya, sibuk bergambar dekat jeti Kuah ni. Hewhew. Tak lama lepas tu, kereta dah sampai. Kami sewa 2 buah Innova. Kereta yang aku naik dipandu oleh Afif, co driver Fadhil dan penumpang aku, Arif, Acap, Fini, Nana, Farin. Kereta lagi satu dipandu oleh Azhari, co driver Saiful dan penumpang Intan, Kimah, Shakila, Norin dengan Naz. Masukkan beg segala, kami terus bergerak ke motel di Pantai Cenang!!

Dah sampai motel Tanjung Malie Resort dapat kunci bilik terus kami masuk bilik untuk simpan beg dan beristirehat. Kami booking 4 buah bilik. 2 bilik laki, 2 bilik perempuan. Pastu, aku dengan tolu-tolu lain ni lapaq. Tadi drive dari Penang terus ke Kuala Perlis pastu terus naik feri then terus ke Pantai Cenang ni. Tak sempat nak singgah makan. Kami amek sebuah kereta, kami pi makan. Aku, Arif, Fini, Nana, Farin, Intan n Kila. Yang lain semua tidoq kat motel.

Tolu yang kelaparan.


Wahh cantik kan? Maksud aku background lah.

Lega aikh dapat jugak makan. Lepas makan, kami pi photoshoot dekat salah satu scene Ombak Rindu. Cantik tempat nih. Rasa tenang ja. Selesai photoshoot, kami bergerak balik ke motel. Sampai ja sana, motel sunyi sepi, ingatkan tolu tidoq rupanya depa dah mandi pantai!!! Jelesnyaaaa!!!

Cantik. Nice and awesome shot from CN.

Tudiaa mandi tak hengat!


Nak join mandi pun dah pukul 7.20 macam tu. Dah nak maghrib pun, takut lak kan mandi time maghrib, sat lagi kena tarik hantu air. Hahaha choyy!! So, kami tak mandi, kami photoshoot je lah!

US! :)

Malam lepas solat, kami bergerak ke Pekan Kuah. Nak photoshoot dekat burung helang tu dengan nak makan malam sekali. Makan malam dekat Dataran Lang tu jugak sebab semua dah lapaq. 


tolu boboys

tolu gegurls




Selesai photoshoot  dan makan, balik ke motel. Nak rest sebab esok akan lalui pelbagai aktiviti lagi. Nak recharge energy dulu. :)


p/s: bersambung part II.

No comments: